Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

6,277 Masjid & Surau Dibuka Dengan Bersyarat Untuk Solat Jumaat Hari Ini

Sebanyak 6,277 masjid dan surau di seluruh negara telah dibuka secara bersyarat untuk dilaksanakan solat Jumaat pada hari ini.

Selain angka tersebut, dilaporkan kira-kira 4,353 masjid dan surau juga telah dibuka secara bersyarat untuk solat sunat Aidilfitri pada 24 Mei lalu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, walaupun bilangan jemaah agak terhad namun ia adalah satu usaha pihak berkuasa agama negeri dalam melaksanakan Garis Panduan Solat Jumaat dan Solat Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya dengan rendah hati amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, negeri-negeri tidak beraja dan negeri-negeri.

“Dalam masa yang sama, pihak berkuasa agama negeri-negeri juga diminta untuk mengambil serius prosedur standard operasi (SOP) yang telah saya nyatakan dalam sidang media pada 14 Mei 2020.

“Umat Islam juga diseru agar mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkifli juga menambah, jika kepatuhan kepada garis panduan tersebut sudah mencapai 100 peratus dalam tempoh masa sesuai bagi KKM, beliau yakin umat Islam di negara ini sudah bersedia menuju ‘exit plan’ bagi pembukaan masjid dan surau dalam norma baharu.

Lampiran berikut adalah pembahagian jumlah masjid dan surau yang telah dibuka seperti telah dinyatakan:

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.