Siakap Keli
Kredit: Facebook Muhammad Amirull Azahar

Konsisten Amal 7 Tips Diet Ni, Berat Pemuda Ini Susut Dari 135kg Ke 78kg Dalam 6 Bulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah, namun tak mustahil untuk kurus. Dengan usaha berterusan dan cara yang betul, pasti anda akan dapat mengurangkan berat badan mencapai tahap yang ideal.

Baru-baru ini, seorang pemuda yang berjaya menurunkan berat badan dari 135 kilogram ke 78 kg berkongsi tips digunakannya sepanjang usaha tersebut.

Muhammad Amirull Azahar yang juga merupakan seorang chef berkongsi tujuh tips kurus di laman Diet Suku-suku Separuh yang diamalkannya untuk mencapai berat yang ideal. Kirimannya mendapat lebih 2 ribu tanda suka dalam tempoh dua jam perkongsian sahaja.

Berikut adalah tips dikongsikan Amirull,

  1. Kurangkan air manis
  2. Kurangkan karbohidrat
  3. Kurangkan minyak
  4. Bersenam setiap hari (2 jam)
  5. Tiada cheat day
  6. Sasar setiap bulan turun 2kg
  7. Trust the journey, jangan rushing untuk kurus

Dalam temubual bersama Siakap Keli, Amirull menambah, dia turut mengambil minuman detox untuk membantu menurunkan berat badan.

Perubahan yang saya lakukan mengambil masa 5 ke 6 bulan. Apa yang saya lakukan ialah;

1. Menjaga kalori yang diperlukan
2. Bersenam 5x seminggu (2 jam)
3. Kurangkan pengambilan gula
4. Kurangkan pengambilan minyak
5. Pada permulaan diet, saya hanya makan buah-buahan dan jus buah selama 3 hari. Selepas itu saya mulakan diet.
6. Saya akan makan jugak benda yang saya teringin tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
7. Saya kurangkan pengambilan garam.
8. Minum air detox, badan perlu detox untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan .

Kalau lihat balik apa yang saya lakukan, ia adalah gaya pemakanan yang sihat. Jangan terlalu taksub utk turunkan berat badan, kerana kalau kesannya lambat, kita akan patah semangat. Jadi kena jadikan gaya pemakanan yang sihat sebagai rutin.

Dan yang paling penting saya mempunyai push factor yang kuat, kerana saya ingin bertunang, saya malu dengan saiz badan saya sendiri dan saya nak nampak sama padan dengan bakal isteri saya, sebab itu saya bersungguh-sungguh untuk kurus.

Sebelum. (Gambar: Muhammad Amirull Azahar)
Selepas. (Gambar: Muhammad Amirull Azahar)

Sumber: Muhammad Amirull Azahar

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.