Siakap Keli

COVID-19: Kes Baharu Turun Berbanding Semalam, 30 Kes Sahaja Hari Ini – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 30 kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan setakat hari ini.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan terkini adalah sebanyak 7,762 kes.

Selain itu, terdapat 95 kes sembuh baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 6,330 kes.

Dalam pada itu, tiada kematian terbaru direkodkan dan angka kematian kekal 115 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 30 May 2020

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.