Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Anak Muda Lebih Pilih Ladang
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Makan Gaji Atau Pertanian? 5 Sebab Anak Muda Lebih Pilih Ladang Walau Belajar Tinggi

Athirah

Makan Gaji Atau Pertanian? 5 Sebab Anak Muda Lebih Pilih Ladang Walau Belajar Tinggi

Kalau ikut logiknya bekerja di pejabat lebih selesa, ada pendingin hawa, kerusi yang empuk dan pantri yang penuh dengan makanan.

Namun, realitinya sekarang ada anak muda yang memilih untuk lari daripada suasana pejabat malahan memilih berpanas-panasan menabur budi pada tanah.

Dalam bahasa mudahnya terlibat dalam bidang pertanian, tapi apa yang membawa hala tuju anak muda sekarang memilih bidang pertanian berbanding makan gaji bekerja di pejabat?

Setelah penelitian yang lebih mendalam, 5 sebab yang boleh dirungkaikan kenapa anak muda lebih memilih pertanian berbanding makan gaji.

5 Sebab Anak Muda Lebih Pilih Ladang Walau Belajar Tinggi

Geran Start-Up dan Geran Scale-Up

Geran Agropreneur Muda atau GAM bukan sekadar menarik minat golongan muda untuk menceburi sektor agromakanan, malah membantu mempercepatkan kemasukan usahawan muda melalui sokongan peralatan, input serta bimbingan teknikal yang lebih tersasar.

Pada 18 September 2024, dua inisiatif baharu diperkenalkan iaitu Geran Start-Up dan Geran Scale-Up.

Bagi Geran Start-Up, nilai bantuan barangan dinaikkan sehingga RM30,000 berbanding RM20,000 sebelum ini. Had umur peserta turut diperluaskan daripada 18 hingga 40 tahun kepada 43 tahun, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada golongan muda yang baru bertukar kerjaya atau memulakan projek selepas beberapa tahun bekerja.

Bagi memastikan projek yang sudah bermula tidak terhenti di peringkat awal, Geran Scale-Up pula diperkenalkan khusus untuk peserta yang kekal aktif dan berdaya maju, terutamanya bagi projek huluan tanaman, ternakan dan perikanan.

Melalui geran ini, penerima GAM terdahulu berpeluang menerima bantuan lanjutan sehingga RM50,000 bagi mengembangkan skala operasi.

Kenaikan Harga Lantai Belian Padi

Apa yang membuatkan anak muda semakin yakin memilih bidang pertanian berbanding makan gaji ialah kenaikan harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik, sekali gus memberi pulangan yang lebih meyakinkan kepada pengusaha.

Pengurangan Jurang Import, Kurang Krisis Ketidaktentuan Harga Global

Agenda imbangan dagangan agromakanan terus diperkukuh dengan tumpuan kepada pemerkasaan eksport komoditi bernilai tinggi.

Antara yang paling menonjol sudah tentu durian, yang kini dilihat mempunyai potensi pasaran sangat besar. Di China sahaja, saiz pasaran durian segar dianggarkan bernilai RM32 bilion pada tahun 2023.

Seiring dengan pembukaan akses pasaran tersebut, Malaysia merekodkan eksport durian ke China termasuk durian segar serta durian pulp dan paste sebanyak 115,359 tan metrik dengan nilai RM6.37 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2025.

Bagi komoditi nanas pula, prestasi eksport turut menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Pada tahun 2024, nilai eksport keseluruhan produk nanas Malaysia mencecah RM1.73 bilion.

Manakala eksport nanas segar direkodkan sebanyak 11,633 tan metrik dengan nilai kira-kira RM23.07 juta ke lebih 20 buah negara, membuktikan permintaan yang semakin meluas di pasaran antarabangsa.

Skim Takaful Tanaman Padi

Di samping itu, satu skim takaful tanaman padi turut diperkenalkan bagi melindungi pesawah berdaftar di seluruh negara daripada kerugian akibat bencana alam seperti banjir, kemarau dan ribut, selain ancaman perosak serta penyakit.

Kredit: Bernama

Melalui skim ini, pesawah layak menerima pampasan sehingga RM3,000 bagi setiap hektar sekiranya tanaman terjejas akibat bencana, atau sehingga RM1,500 sehektar bagi kes melibatkan perosak dan penyakit dalam satu musim.

Yang menariknya, skim ini dibiayai sepenuhnya tanpa sebarang bayaran oleh pesawah, dan pendaftaran pula boleh dibuat dengan mudah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PKK) yang berhampiran.

Bantuan Khas Pesawah

Anak muda kini lebih cenderung memilih pertanian berbanding makan gaji kerana sektor ini semakin menawarkan pulangan yang lebih terjamin dan sokongan yang jelas.

Sebagai contoh, sebanyak RM90 juta sumbangan daripada BERNAS telah disalurkan sebagai Bantuan Khas Pesawah, dengan manfaatnya diagihkan kepada kira-kira 240,000 pesawah di seluruh negara.

Semua ini adalah hasil usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah pimpinan YB Mohamad Sabu untuk memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup, stabil dan mampu milik.

Pendekatan ‘Cukup & Terjamin’ yang diterapkan bukan sahaja mengukuhkan asas keterjaminan makanan, bahkan membuktikan bahawa agenda makanan yang selamat, mampan dan berdaya saing boleh dicapai walaupun menghadapi pelbagai cabaran, sama ada di peringkat global atau tempatan.

Selain itu, pelbagai kemudahan dan insentif lain turut disediakan untuk rakyat sebagai pengguna.

Langkah-langkah ini memastikan rakyat mendapat makanan yang cukup dan mampu milik, sambil membuka peluang kepada generasi muda untuk terlibat dalam pertanian sebagai satu kerjaya yang memberi peluang dan potensi masa depan.

Kemudahan dan Insentif Lain Yang Disediakan Untuk Rakyat Sebagai Pengguna

Subsidi Harga Beras Putih Import di Sabah, Sarawak dan WP Labuan

Bagi menangani kenaikan harga beras import di pasaran susulan sekatan eksport oleh Kerajaan India, Kerajaan MADANI telah melaksanakan beberapa inisiatif.

Antaranya ialah pemberian subsidi bagi menstabilkan harga Beras Putih Import khususnya di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebanyak RM420 juta telah diperuntukkan bagi tempoh 5 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2024 bagi memastikan harga beras kekal terkawal dan tidak membebankan pengguna.

Program Khas Subsidi Beras Putih Tempatan (BPT) di Semenanjung Malaysia

Bagi menangani isu kekurangan Beras Putih Tempatan (BPT), KPKM melaksanakan Program Khas Subsidi BPT bernilai RM150 juta selain memperkenal sistem pengesanan ‘rice tag’ bagi perkukuh pemantauan pasaran.

Penstrukturan Semula Subsidi Ayam dan Telur

Antara pencapaian paling ketara ialah kejayaan menstruktur semula subsidi ayam dan telur dengan pendekatan yang lebih adil, tersusun dan lebih menyeluruh. Bagi subsidi ayam, keputusan paling penting ialah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam bermula 1 November 2023.

Langkah ini diambil setelah menilai kestabilan bekalan dan keperluan untuk membetulkan struktur pasaran, selain mengurangkan risiko subsidi “pukul rata” yang turut dinikmati pihak tidak layak.

Kredit: Bernama

Hasilnya, kerajaan dijangka menjimatkan kira-kira RM100 juta sebulan atau sekitar RM1.2 bilion setahun, yang boleh disalurkan semula untuk inisiatif kebajikan rakyat dan pengukuhan ekosistem makanan negara.

Manakala bagi subsidi telur ayam pula, kerajaan mengambil pendekatan lebih berhati-hati. Subsidi dan kawalan harga bagi telur gred A, B dan C diteruskan selepas 1 November 2023 bagi memastikan bekalan terjamin dan mengelakkan kejutan harga kepada rakyat.

Apabila pengeluaran semakin stabil dan komitmen industri diperkuat, kerajaan melaksanakan fasa rasionalisasi dengan mengurangkan kadar subsidi telur daripada 10 sen kepada 5 sen sebiji bermula 1 Mei 2025, sebelum menamatkan subsidi dan kawalan harga sepenuhnya pada 1 Ogos 2025.

Program Jualan Agro MADANI

Dalam pada itu, YB Menteri juga telah mencatat kejayaan besar melalui Program Jualan Agro MADANI, yang menjadi salah satu intervensi kos sara hidup paling dekat dengan rakyat, pantas dan berimpak.

Program ini dilaksanakan dengan pendekatan turun padang, membawa bekalan makanan segar terus ke komuniti, memendekkan rantaian bekalan, mengurangkan kos orang tengah dan memastikan rakyat mendapat makanan pada harga lebih munasabah tanpa menjejaskan kebajikan pengeluar.

Kredit: Bernama

Dari segi capaian, program ini menunjukkan skala yang konsisten dan meluas apabila sebanyak 13,484 siri Jualan Agro MADANI telah dianjurkan di seluruh negara sehingga Ogos 2025.

Pada masa sama, pengguna dapat menikmati penjimatan harga sekitar 10 hingga 30 peratus bagi pelbagai barangan keperluan harian, membantu meringankan tekanan kos sara hidup terutamanya untuk keluarga B40 dan M40 di kawasan bandar serta luar bandar.

Yang lebih penting, Jualan Agro MADANI bukan sekadar “jualan murah”, tetapi menjadi platform untuk menguatkan ekosistem agromakanan negara.

Kenaikan Insentif Pembajakan Sawah

Selain itu, KPKM telah menaikkan Insentif Pembajakan Sawah daripada RM100 setiap hektar kepada RM160 setiap hektar untuk memberi sokongan lebih baik kepada pesawah serta meningkatkan hasil pertanian.

Secara keseluruhannya, YBM KPKM banyak menyentuh nasib-nasib petani di samping tidak membebankan orang ramai sebagai pengguna.

Sedar tak sedar, banyak pencapaian yang diperolehi, banyak inisiatif yang telah dilaksanakan sejak YBM KPKM mengelola kementerian tersebut.

Mari kita hargai usaha YBM KPKM dan terus sokong petani tempatan. Setiap pencapaian mereka beri manfaat kepada kita semua.