Siakap Keli
Kredit: Google

Malu Dengan Tindakan Suami, Isteri Polis Didakwa Bunuh George Floyd Tuntut Cerai

Isteri kepada Derek Chauvin yang didakwa membunuh lelaki berkulit hitam, George Floyd dilaporkan memfailkan cerai terhadap suaminya.

Kellie Chauvin, 46 melalui peguamnya berkata, dia berasa terkesan dengan pembunuhan George ketika ditahan pihak polis. Susulan itu, Kellie memutuskan untuk berpisah dengan lelaki berkenaan setelah 10 tahun perkahwinan.

Derek Chauvin kini berhadapan tuduhan pembunuhan tahap ketiga setelah videonya menindih leher seorang lelaki berkulit hitam tular di media sosial.

“Rasa simpatinya buat George sekeluarga, dan insan-insan tersayang serta semua yang bersedih dengan tragedi itu,” tulis kenyataan tersebut.

“Walaupun Ms Chauvin tidak mempunyai anak dari perkahwinannya yang sekarang, dia meminta agar anak-anaknya, orang tua dan sanak-saudaranya diberi jaminan keselamatan dan privasi ketika waktu sukar ini.”

Kellie Chauvin dilahirkan di Laos pada 1974 ketika peperangan. Pada 1977, dia sekeluarga melarikan diri dan berlindung di kem pelarian di Thailand. Pada 2018, dia diberikan anugerah Mrs Minnesota.

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, Derek menindih leher George selama lebih lapan minit, membuatkan lelaki itu tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sumber: NBC News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.