Siakap Keli
Gambar: AJ Plus

(Video) Frontliner Lubnan Buat Kejutan Balik Rumah Selepas 2 Bulan ‘Terpisah’

Selepas berjauhan selama 2 bulan, seorang frontliners di negara Lubnan akhirnya membuat kejutan pulang ke pangkuan keluarganya.

Ali Awerke ialah seorang jururawat lelaki yang bertugas di sebuah hospital awam yang terbesar di negara Lubnan iaitu Hospital Universiti Rafik Hariri. Selama 2 bulan, lelaki berusia 34 tahun itu telah bekerja di bilik kecemasan utama COVID-19 milik hospital tersebut.

Ini adalah kali pertama Ali dapat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya dan beliau ingin membuat kejutan kepada keluarganya itu.

“Saya pulang ke rumah buat pertama kalinya pada hari ini. Saya akan jalani ujian saringan dan pulang ke rumah serta beri keluarga saya kejutan,” kata Ali.

Bagi melindungi keluarga kecilnya itu, Ali telah mengasingkan dirinya dengan tinggal di rumah peninggalan orang tuanya.

“Saya tidak mempunyai pakaian bersama saya, saya tiada apa-apa. Saya menghubungi isteri saya dan memberitahu dia bahawa saya harus tinggal di sini dan tidak dapat bertemu dengannya buat sementara waktu,” kata Ali lagi.

“Keadaan ini sangat sukar bagi mereka. Ianya memberikan banyak tekanan kepada mereka dan sudah pasti saya juga turut berasa tertekan.”

“Kerja ini sangat memenatkan. Kadangkala, saya akan menangis selepas pulang daripada kerja,” ujarnya.

Namun, segala pengorbanan Ali ternyata berbaloi apabila dia akhirnya dapat pulang ke rumah dan bertemu dengan isteri serta dua anak perempuannya.

“Saya akan tidur dengan mereka. Saya rindukan rumah dan duduk di beranda ini. 2 bulan adalah tempoh yang lama. Bagi sesetengah orang mungkin ianya tidak lama tapi bagi saya ia ternyata sangat lama,” tambah Ali lagi.

Sumber: AJ Plus

Adib Mohd

Nur Farra