Siakap Keli
Foto: Muhammad Hariz

Kedai Gunting Belum Buka, Lelaki Ini Belajar Cara Potong Rambut Ala-Ala Salun Dari Youtube Ketika PKP

Kaum lelaki yang suka rambut mereka sentiasa kemas dan pendek akan menjadi masalah semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan, tambah-tambah lagi apabila kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi semasa musim ini.

Ye, penutupan kedai gunting rambut adalah untuk menjaga kebersihan dan mengelakan jangkitan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Seperti perkongsian daripada lelaki ini tentang teknik menggunting rambut secara sendiri yang boleh digunapakai oleh semua masyarakat. Cara yang dikongsikan sangat mudah dan hanya jadikan carian Google dan Youtube sebagai rujukan.

Bertalu-talu pertanyaan yang aku terima bila rakan-rakan tengok rambut boleh pendek dan dipotong seperti di kedai walaupun waktu PKP.

“Weh kau gunting kat mana? Bukan ker kedai gunting tutup.”

“Selalunya orang akan buat gaya botak jer terus tapi kau ni siap ada gaya macam David Becham.”

“Isteri kau memang pandai gunting rambut sejak lahir ker? Aku nak potong juga lah tapi tiada yang berani nk potong. Nak potong sendiri takut tersilap gaya.”

Aku mampu tersengih sahaja mendengar persoalan dari mereka sebab aku pun tidak pandai sangat gunting rambut orang lain pada awalnya. Namun di mana ada masalah, di situ ada jalan penyelesaian. Aku pun kongsi cara yang aku gunakan dan boleh diikut oleh semua orang.

Senang sahaja kawan-kawan. Semua tips dan panduan potong rambut ni kau orang cari sahaja di google pasti ada banyak sampai tak tahu nk ikut yang mana satu. Paling penting kau orang kena faham teori dan asas cara penggunaan mesin rambut dan gunting. Baru lah faham apa yang sedang dibuat.

“Hasil penyelidikan hanya di Google dan Youtube…”

Jadi aku nak kongsi beberapa panduan yang kau orang boleh belajar hasil daripada penyelidikan aku di google dan youtube yang konon hebat gunting rambut ni:

1. Fahamkan perbezaan nombor tapak mesin yang digunakan

Faham fungsi setiap nombor di tapak mesin gunting rambut. Selalunya setiap pembelian kau orang akan dapat tapak mesin dari Nombor 1 hingga 4. Rambut yang dipotong akan jadi semakin pendek jika nombor tapak yang digunakan semakin rendah.

Jadi jika kau orang nak rendahkan risiko potong rambut terlebih pendek boleh lah mula dengan nombor paling tinggi dahulu kemudian tukar kepada nombor yang rendah sampai puas hati. Bermula dengan nombor 4 kemudian 3 atau 2.

2. Garisan yang wujud di antara rambut yang dipotong menggunakan tapak No.1 dan 2.

Kau orang juga boleh jadikan setiap nombor tapak yang digunakan ditambah 0.5. Contoh tapak yang sedang digunakan ialah nombor 1, selepas kau orang turunkan lever yang ada di belah kiri mesin gunting rambut ia akan jadi 1.5. Jadi nombor pun akan jadi semakin meningkat sedikit.

Fungsi dia untuk kau orang boleh kemaskan lagi garisan rambut yang telah dipotong di antara nombor 1 dan 2. Ini untuk yang suka nampak gaya rambut ada fade. Jadi tidak lah nampak tergantung sahaja rambut tu. Kalau susah sangat kau orang guna satu nombor sahaja sampai habis.

3. Bahagian atas pula ialah bahagian yang perlukan teknik yang mencabar sedikit sebab perlu guna gunting dan sikat. Guna gunting untuk potong perencah indo mee pun boleh sahaja. Kalau dapat gunting seperti di kedai gunting lagi bagus.

Teknik cara trim rambut dengan menggunakan gunting ni kau orang boleh sahaja dapatkan di youtube. Pelbagai teknik ada. Paling penting kau orang kena pandai kawal jangan sampai terpotong lebih dari panduan rambut yang terpendek dari sebelum tu ya.

Fahamkan 3 asas cara penggunaan alat gunting rambut ini dulu. Barulah kau orang boleh bagi panduan pada tukang gunting untuk potong gaya rambut yang diidamkan. Nak potong rambut sendiri pun boleh kalau kau orang yakin.

Sudah tentu perlukan latihan berulang kali untuk dapatkan teknik yang bagus. Itulah yang membezakan harga yang perlu dibayar kepada tukang gunting.

Kedai gunting rambut dan saloon pun dah dimaklumkan akan kekal tutup sepanjang tempoh PKPB. Jika hendak keluarkan SOP di kedai gunting rambut pun mesti agak sukar untuk netizen patuh dan sangat berisiko tinggi untuk terkena jangkitan. Serabut sungguh kalau nak masuk kerja dengan gaya rambut rock kapak.

Aku senaraikan sahaja terus alat asas gunting rambut yang aku dapatkan di shopee beserta harga untuk kau orang laburkan:

Kemei Hair Clipper – RM69.50
Set sikat dan gunting – RM48.00
Berus bersihkan rambut – RM8.20
Klip rambut – RM3.90

Boleh dapatkan semua peralatan potong rambut di SINI

Jumlah keseluruhan hanya RM129.60 yang perlu dilaburkan. Jika ada modal lebih boleh sahaja beli aksesori yang lain ikut keselesaan. Rajin-rajin lah ye buat carian di shopee, boleh sahaja dapatkan yang lagi murah dan berkualiti. Taip sahaja set barber mesti ada banyak pilihan sampai kau orang pening nak pilih. Kah!

Dapatkan mesin pemotong rambut di SINI

Sangat untung jika ada set gunting rambut ni di setiap rumah. Ambil kira jika RM12 harga yang dikenakan untuk potong rambut di kedai setiap 2 minggu selama 1 tahun. Hampir RM1,150 jumlah yang kau orang perlu belanja. Kalau yang ada ramai anak lelaki pula lagi banyak boleh jimat!

Namun sekali-sekala aku pergi juga gunting di kedai untuk bantu ekonomi tukang gunting di luar sana. Malah lagi puas kalau dapat cukur rambut dengan pisau. Siapa lagi kalau bukan kita yang bantu?

Selamat mencuba guys. Cari sahaja di Youtube cara potong bagi setiap gaya yang kau orang nak. Bertenang semasa gunting kerana rambut yang hilang pasti akan tumbuh kembali.

Aku kongsi cara asas ini sahaja kerana ramai yang tidak tahu asas cara penggunaan alat terutama mesin gunting rambut kemudian kecewa kerana hasil tidak sama seperti rambut idola.

Boleh kongsi jika bermanfaat k!

 

Sumber: Muhammad Hariz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang