Siakap Keli
Gambar: Mirror

Padah ‘Permainkan’ Insiden Kematian George Floyd, Tiga Remaja Ditahan, Turut Terima Ancaman Bunuh

Remaja yang didakwa mempermainkan kematian George Floyd di video sebuah aplikasi sosial telah ditahan kerana disyaki melakukan jenayah kebencian.

Dia dan keluarganya turut dilaporkan sedang berada di bawah lindungan pihak polis kerana menerima ancaman bunuh gara-gara perbuatannya itu.

Ketiga-tiga mereka yang di dalam video tersebut masing-masing berusia di antara 18 dan 19 tahun. Mereka telah mencetuskan kemarahan ramai susulan daripada gambar yang mereka muat naik itu memaparkan detik-detik seperti seorang lelaki berusia 46 tahun yang tidak bersenjata maut di tangan polis Minnesota tular di media sosial.

Kematian George Floyd telah menyebabkan rusuhan yang besar di seluruh negara Amerika Syarikat. Ramai warga AS yang turun ke jalanan untuk melakukan protes termasuk di London.

Video yang dimuat naik oleh ketiga-tiga remaja tersebut telah menjadi tular di media sosial. Mereka kemudiannya telah diberkas dan memadam semua profil media sosial mereka.

Pun begitu, ianya tidak terhenti disitu. Mereka telah dilaporkan mula menerima ancaman bunuh. Disebabkan itu, mereka kini telah diletak dibawah perlindungan polis.

Seorang sumber yang bersekolah dengan mereka mendakwa: “Semua orang bercerita tentang mereka dan mereka juga telah menerima ugutan bunuh.

“Mereka telah ditahan pada malam Ahad. Telefon bimbit milik mereka juga turut dirampas.

“Kejadian itu telah membuatkan mereka diburu oleh orang ramai. Mereka juga turut menerima beberapa ancaman yang sangat kejam. Ada di antara ancaman itu ditujukan buat ahli keluarga mereka yang lain dimana ianya langsung tidak munasabah.

“Sejurus selepas pihak polis mengetahui mengenai ancaman itu, polis terpaksa melindungi dan mengawasi mereka daripada ancaman tersebut.”

Wakil daripada Polis Northumbria berkata: “Kami sedang melakukan siasatan lanjut selepas satu gambar yang dikongsi di media sosial memaparkan dua lelaki melakonkan detik-detik kematian warganegara AS iaitu George Floyd baru-baru ini menjadi tular.

“Siasatan telah berjalan dan pada Ahad, pihak kami telah menahan dua lelaki berusia 19 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 18 tahun kerana disyaki memuat naik mesej yang menyebabkan kekacauan.

“Walau bagaimanapun, mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis. Kami faham bahawa perkongsian yang dibuat mereka di media sosial itu telah menimbulkan kemarahan ramai dan kami ingin menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dengan mendalam dan akan didakwa dibawah jenayah kebencian.”

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa