Cara Mudah Tanam Semula Snake Plant Ke Dalam Pasu Hiasan

Baru-baru ini tular di laman media sosial Facebook ramai yang berkongsikan kebaikan meletakkan pokok hidup di dalam rumah. Diantaranya adalah Snake Plant ataupun lebih dikenali dengan nama pokok Lidah Mak Mertua.

Bukan sahaja kebaikannya yang boleh menyingkirkan toksik malah pokok ini juga kelihatan sangat cantik dan kemas apabila dijadikan perhiasan dalam rumah.

Salah sorang pengguna Facebook Huda Zainal berkongsi cara mudah untuk menanam semula pokok Snake Plant ke dalam pasu hiasan. Ikuti perkongsian beliau.

Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksik dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah

Yang paling best semenjak ada Snake Plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap 2 hari nak kena lap habuk.

Snake Plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deco rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam Snake Plant.

Kali ini bonda nak kongsi cara, macam mana nak pindahkan Snake Plant ke pasu lebih kecil dan sesuai untuk dalam rumah.

Cara-cara baca caption pada gambar ye.

Pokok ni ambil dekat rumah mak. Dah tak ada pasu. Kalau tak tau mana nak dapat, pergi singgah nursery pokok. Sepasu Snake Plant RM 15 dah boleh dapat.

Mana bahagian akar terkeluar macam dalam gambar potong je akarnya.

Ini hasil potong dengan akar.

Tak dapat akar, potong daun. Bahagian bawah potong menyerong. Potong menyerong supaya lebih permukaan pada hujung batang daun. Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanah.

Gunakan jenis pasu yang mampunyai lubang.

Tutup lubang dengan surat khabar.

Masukan tanah 3/4 penuh.

Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah. Ikutlah kreativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.

Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu. Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi. Snake Plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.

Selamat Mencuba!

Sumber: Huda Zainal

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my