Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Nasi Dikirim Anak Masih Tergantung Di Pintu, Lelaki Ditemui Mati Membusuk Di ‘Kediamannnya’

Seorang lelaki berusia 62 tahun di Bagetan, Jawa Timur, Indonesia ditemui mati membusuk sendirian di sebuah gudang penyimpanan kulit pada Selasa (2/6/2020).

Menurut polis daerah Magetan, siasatan masih sedang giat dijalankan untuk mengetahui punca kematian si mati.

Ketua polis magetan, Lin Pelangi menyatakan bahawa, kali terakhir anak kepada si mati itu menghantar makanan ke rumahnya adalah pada sepuluh hari yang lalu.

“Anaknya telah menghantar nasi kepadanya sepuluh hari yang lalu dengan cara menyangkutkan bungkusan makanan tersebut di tombol pintu tempatnya tinggal. Bungkusan tersebut masih lagi tersangkut di situ, ketika mayatnya ditemui,” kata Lin.

Dari hasil pemeriksaan, lelaki tersebut dianggarkan telah meninggal pada 10 hari yang lalu. Pun begitu, tidak ada tanda-tanda jenayah di kesan di badan mangsa.

“Disyaki mati kerana sakit. Tetapi kami masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” jelas Lin.

Menurut penduduk setempat, lelaki itu tinggal sendirian di kawasan tersebut.

Ketua Persatuan Penyamak Magetan Indonesia, Basuki, menyatakan bahawa lelaki tersebut hanya tinggal berseorangan di gudang kulit itu.

Kata Basuki, gudang tersebut digunakan sebagai tempat penyimpanan untuk sisa kulit yang telah diproses.

Lelaki itu telah ditemui mati dalam keadaan reput dan busuk di dalam gudang kulit yang dijadikan tempat kediamannya.

Mayat mangsa telah ditemui sejurus selepas penduduk setempat terhidu bau busuk yang datang dari dalam rumah itu dan segera melaporkan kepada Balai Polis Magetan.

Sumber: Kompas TV

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.