Siakap Keli

Penjarakan Sosial Sekurang-Kurangnya Satu Meter & Pakai Topeng Muka Dapat Kurangkan 60 Peratus Risiko Jangkitan COVID-19 – KAJIAN

Penjarakan fizikal pada jarak sekurang-kuranya satu meter (bersamaan 3.3 kaki) mampu mengurangkan risiko penyebaran Coronavirus, merujuk kepada kajian meta-analysis di Lancet.

Penyelidik telah menjalankan sebanyak 44 kajian terhadap kesan campur tangan bukan-farmaseutikal (nonpharmaceutical interventions) ke atas risiko penyebaran virus SARS-CoV, SARS CoV-2 dan MERS-CoV dalam tetapan penjagaan kesihatan dan bukan penjagaan kesihatan.

Menurut kajian tersebut, risiko penyebaran virus adalah lebih rendah apabila berlaku penjarakan (fizikal) sekurang-kurangnya satu meter atau lebih, berbanding dengan kurang dari satu meter.

Semakin bertambah jarak, semakin kurang risikonya, memetik laporan NEJM Journal Watch.

Topeng muka mampu kurangkan 60 peratus risiko jangkitan

Selain itu, topeng muka jenis N95 memberi perlindungan yang lebih tinggi berbanding topeng muka pembedahan, namun kedua-duanya masih lagi mampu melindungi.

Mengkhususkan kepada virus SARS-Cov-2, pemakaian topeng muka tersebut mampu mengurangkan sebanyak 60 peratus risiko jangkitan, berbanding tidak memakai sebarang topeng muka.

Topeng Muka N-95

Perlindungan bahagian mata juga turut membantu merendahkan risiko jangkitan virus berkenaan.

Dalam pada itu, penyelidik turut menjelaskan, berdasarkan analisis tersebut, bukti terbaik yang ada bahawa penjarakan sosial satu meter dikaitkan dengan pengurangan jangkitan yang besar dan jarak dua meter mungkin lebih efektif.

Keupayaan remdesivir dalam rawatan

Menurut laporan COVID-19 sebelum ini, keputusan fasa tiga yang belum diumumkan, percubaan yang dijalankan oleh pengilang menunjukkan bahawa remdesivir mempunyai kesan kepada pesakit COVID-19 (kadar sederhana) yang dirawat di hospital atas sebab radang paru-paru, tetapi ia tidak menurunkan kadar oksigen.

Pesakit yang menerima ubat remdesivir selama lima hari mempunyai kadar pemulihan yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya satu tahap daripada tujuh tahap dalam skala ordinal pada hari ke-11, berbanding mereka yang mereka yang menerima rawatan biasa sahaja.

Selain itu, konteks perlindungan 60 peratus daripada jangkitan sekiranya memakai topeng muka itu serta penjarakan sosial yang mampu mengurangkan risiko jangkitan tersebut turut dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melalui Facebook dan Twitter hari ini.

‪Pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) dapat mengurangkan 60% daripada risiko jangkitan Covid-19 jika dibandingkan…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Tuesday, June 2, 2020

Sumber: Jwatch, KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.