Siakap Keli
Gambar: Khairunnisa Hamzah

“Ruang BerDekor Menjemput Aura,” Arkitek Ini Kongsi Panduan Deko Ruang Mesin Basuh Buat Isteri Selesa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebelum ini, pelbagai tips atau panduan untuk mendeko ruang tamu dan bilik dapat dilihat dikongsi oleh orang ramai.

Terbaru, Khairunnisa Hamzah berkongsi mengenai ruangan tempat letak mesin basuh yang sebenarnya boleh diubahsuai mengikut kehendak citarasa setiap orang dan dapat memberikan ‘suasana’ yang baru pada ruang tersebut.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik olehnya, dia menekankan mengenai kepentingan mempunyai ruang yang dihias dengan menarik.

Berapa ramai rumah dia ada mesin basuh baju?

Berapa ramai yang sambung dapur sampai habis tanah belakang?

Tapi, berapa ramai yang DEKOR tempat basuh baju dia sampai jadi ruang dobi yang sangat lovely?

Secara emosinya, kita boleh jadi sangat penat menguruskan pakaian bila tempat pengurusan itu tidak ada langsung perhatian diberikan.

Nampak tak kenapa Mommy ini sibuk mengajak pemilik kediaman untuk bangun berjaga dari terus sama begitu selamanya?

DEKOR itu memberikan rasa yang sangat positif pada sesuatu ruang.

Malah ia akan membuatkan pengguna ruang itu SUKA BERLAMA di situ.

Dekor itu pembaziran atau pelaburan jika ia mendatangkan aura positif dalam kediaman?

Dekor itu kehendak atau keperluan jika tanpa ia seseorang rasa terseksa untuk berada di dalamnya?

Ruang berDEKOR menjemput aura.
Ruang berDEKOR merajinkan anggota badan.
Ruang berDEKOR membenihkan kasih sayang dan tujuan kehidupan.

Orang di negara maju, misalnya di Eropah, mereka maju atas kesedaran kepentingan dekorasi kerana penting bagi mereka untuk hidup positif, beraura dan berkasih sayang yang bermula dari rumah.

Mereka menyediakan dekorasi dalam kediaman sendiri di setiap penjuru.

Ingat lagi kisah viral dari post Mommy tentang makeover rumah yang si suami minta kami buatkan untuk suprise isteri pulang ke kampung berpantang selama 3 bulan?

Salah satu yang membuatkan isterinya terharu ialah makeover yang dibuat pada ruang membasuhnya.

Katanya, “Macam mana akak buat ni? Tak sangka jadi macam ini”

Mungkin masih ramai lagi yang tak terbayang ruang membasuhnya boleh di DEKOR dengan baik berbanding meletakkan mesin basuh itu di belakang dengan sendirinya saja tanpa dekorasi berfungsi.

Ruang apabila tidak di DEKOR, maka tidak akan kita terfikir untuk menambah nilai padanya.

Malah mungkin setiap penghuni tidak akan berasa penting padanya. Sebab itu ruang tanpa dekor sering menjadi stor dan tempat tikus dan kucing beranak saja.

Banyak lagi kita boleh buat pada ruang tersebut.

Silap silap ada yang buat lounge atau workstation di sebelah mesin basuh selepas lihat idea-idea yang Mommy sertakan sekali melalui carian pinterest yang diselitkan dalam gambar-gambar di bawah ini

Dekorlah!
Fahami tujuan dan kepentingan dekorasi dalam kediaman itu sendiri.
Kerana dekorasi itu adalah menghiasi peribadi dan kehidupan kita sekeluarga sendiri.

Mommy Dekor
Khairunnisa Hamzah
Penulis buku
DEKOR DEKOR CINTA
http://bit.ly/DekorDekorCinta

Sumber: Khairunnisa Hamzah

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa