Siakap Keli

(Video) Terharu, Remaja Sebak Rakan-Rakan Kumpul Duit Hadiahkan ‘Handphone’ Buatnya

Dengan membahagiakan orang lain, kita pastinya akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T.

Terbaru, dalam video yang tular di media sosial Twitter, sekumpulan remaja dipercayai di Indonesia yang bersimpati dengan salah seorang daripada rakan mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit telah memutuskan untuk membuat kejutan buat rakannya itu.

Dalam video tersebut, dapat kelihatan bahawa semasa rakan-rakan mereka yang lain sedang sibuk bermain dengan telefon bimbit mereka, salah seorang daripadanya hanya mampu makan sambil melihat sahaja kerenah rakan-rakannya itu dengan telefon bimbit mereka.

Bersimpati dengan rakannya itu, kesemua mereka telah membuat perancangan dengan mengumpul dana hasil daripada duit mereka sendiri untuk membeli telefon bimbit dan menghadiahkan kepada rakan mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit tersebut.

Sambil menunggu salah seorang daripada rakan mereka membawa telefon bimbit yang baru dibeli itu, dia masih lagi tidak menjangkakan bahawa rakan-rakannya sedang merancang satu kejutan besar untuknya.

Apabila rakannya yang membawa telefon bimbit itu sampai dan meletakkan telefon bimbit itu di hadapannya, dia seakan tidak mempercayainya pada awalnya.

Pun begitu, selepas salah seorang daripada rakannya itu menyatakan bahawa mereka serius yang telefon bimbit itu adalah hadiah untuknya, dia terus menjadi sebak dan tidak dapat menahan air matanya lalu ditenangkan oleh rakan-rakannya yang lain.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 700 ribu tontonan dan lebih 23 ribu ulang ciap di Twitter.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa