Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
lelaki british kongsi malaysia
Gambar: Bernama/TikTok
Tiada Kategori

Lelaki British Kongsi 7 Perkara Di Malaysia Buatnya “Speechless”

Iqbal Yasir

Lelaki British Kongsi 7 Perkara Di Malaysia Buatnya “Speechless”

Tidak dinafikan, setiap negara mempunyai tradisi atau adat resam yang melambangkan identiti sesebuah negara berkenaan.

Bagi rakyatnya, setiap amalan yang dilakukan itu merupakan perkara yang normal dalam kehidupan seharian mereka, namun tidak buat pelancong luar yang datang ke negara berkenaan.

Sudah tentu, sebagai orang luar pastinya mereka mempunyai perspektif yang berbeza dengan perkara ini.

Tujuh Budaya Malaysia Buat Lelaki British “Speechless”

Itulah yang dikongsikan oleh seorang expat dari British yang mendedahkan tujuh perkara yang menurutnya sesuatu yang ‘tak masuk akal’ dan hanya diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Kongsinya, dia berpendapat bahawa budaya sarapan dengan hidangan yang berat seperti nasi lemak bersama sambal yang pedas adalah sesuatu yang masih tidak boleh diterimanya.

“Di UK, kami biasanya makan bijirin, roti bakar, atau sarapan Inggeris. Tetapi rakyat Malaysia makan nasi, ikan, bebola, sambal, dan makanan pedas pada waktu pagi. Apa?,” soalnya dengan nada terkejut.

Kedua, budaya meletakkan kasut di luar rumah sudah menjadi norma masyarakat di sini namun sebaliknya di UK.

“Jika di UK, kasut anda pasti akan dicuri jika ditinggalkan di luar rumah. Ini sebabnya majoriti rumah di UK mempunyai lantai yang kotor tetapi berbeza senario di majoriti kediaman warga Malaysia yang sentiasa bersih. Jadi, tahniah,” katanya.

Menariknya, dia turut mengakui selesa beradaptasi dengan budaya positif ini dalam kehidupannya.

Seterusnya, lelaki itu menganggap budaya melepak di pusat membeli belah juga merupakan sesuatu yang unik.

Menurutnya, di UK, lokasi pusat membeli-belah di sana lazimnya terletak jauh dari kawasan rumah dengan jarak mencecah 40 kilometer (KM).

Disebabkan itu, masyarakat di sana biasanya melepak di pub atau di kediaman kenalan sahaja yang berada dalam jarak yang lebih dekat.

BACA: “Kebenaran Yang Orang Malaysia Tak Sedia Nak Dengar…” – Minah Saleh

Namun, dia sempat berseloroh mengenai kenapa kebanyakan warga tempatan gemar pergi ke pusat membeli-belah adalah kerana adanya penghawa dingin.

Keempat, dengan turut tergamam apabila mengetahui betapa ‘berkuasanya’ tangan apabila di angkat oleh pejalan kaki ketika menyeberang lalu lintas di Malaysia.

“Sewaktu pertama kali sampai sini, saya fikir itu sangat gila. Di UK, jika anda buat begitu, mungkin anda tidak akan selamat. Di sini, ia biasanya berhasil dan pemandu kereta pun hormat,” tambahnya.

Yang kelima, rakyat Malaysia sememangnya mempunyai budaya makan pada tengah malam. Baginya, dia masih belum terbiasa dengan perkara ini apatah lagi jika makan juadah yang pedas pada larut malam.

“Di UK, kami biasanya makan terakhir sekitar jam 4 petang dan tidak makan selepas jam 6 petang. Tetapi di Malaysia, pada waktu itu, kebanyakan gerai makanan baru mula buka. Rakyat Malaysia gemar makan tengah malam.

“Saya tidak tahu bagaimana anda melakukannya. Saya tidak tahu bagaimana anda tidur. Terutamanya kerana makanan sangat pedas. Bagaimana ia duduk di perut anda pada waktu malam. Mungkin sebabnya Malaysia adalah negara paling tinggi obesiti di Asia Tenggara,” katanya lagi.

Selain itu, budaya bertegur sapa dengan memanggil semua orang seperti “makcik” dan “pakcik” khususnya kepada golongan yang lebih tua.

Baginya, amalan ini sangat disukainya kerana ia melambangkan sikap hormat-menghormati dan berbudi bahasa antara satu sama lain.

Sementari UK, dia memberitahu, orang ramai tidak gemar suka berinteraksi dengan orang lain dan lebih suka melakukan hal sendiri.

Bagi dirinya, perkara yang paling sukar diterima akal ialah budaya rakyat kita yang makan menggunakan tangan, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang British.

Dia berpendapat bahawa norma biasa di seluruh dunia adalah menggunakan alat makan seperti sudu dan garfu, bukannya makan dengan tangan seperti yang diamalkan di Asia Tenggara.

“Boleh sesiapa beritahu saya mengapa makan dengan tangan lebih baik? Mungkin saya akan datang ke sana suatu hari nanti,” katanya lagi.

Sumber: TikTok @Expatdiariesbb