Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

“Kebenaran Yang Orang Malaysia Tak Sedia Nak Dengar…” – Minah Saleh
Malaysia sememangnya tidak asing sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar, ada yang bekerja, dan tidak kurang juga yang sekadar mahu bercuti seketika, lari daripada kesibukan hidup.
Sama seperti kita apabila melancong ke luar negara, setiap kali melangkah ke tempat baharu lebih-lebih lagi negara yang asing, pasti banyak perkara dipelajari.
Melalui pergaulan dengan masyarakat tempatan atau sekadar pemerhatian kecil dalam rutin harian, setiap pengalaman itu meninggalkan kesan tersendiri.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita asing ini, apabila perkongsiannya tentang kehidupan dan tabiat masyarakat di Malaysia berjaya mencuri perhatian ramai rakyat tempatan.
Baru-baru ini, satu perkongsian daripada seorang wanita asing menerusi TikTok berjaya mencuri perhatian ramai rakyat Malaysia.
“Kebenaran yang orang Malaysia tak sedia nak dengar. Jangan marah okay…,” – katanya berseloroh.
Kemudian satu persatu ‘kebenaran pahit’ tentang tabiat orang Malaysia disenaraikan.
Anda rasa badan perlukan gula untuk dapatkan tenaga, sebab itu anda minum teh tarik.

Anda makan karbohidrat terlalu banyak, kemudian hairan bila berat badan bertambah.

Anda keluar berjalan pagi untuk bersenam, tetapi selepas itu makan nasi kandar yang kalorinya lebih banyak daripada yang dibakar semasa berjalan.

Menariknya, ruangan komen bukan dipenuhi kemarahan. Sebaliknya, ramai netizen bahkan bersetuju dan menyambut teguran itu dengan jenaka.
“Dan sebenarnya kami memang tahu… tapi tetap juga buat.”
“Kami bersenam… tapi pada masa sama, kami juga menambah berat.”
“Salah. Kami makan bukan untuk tenaga, tapi untuk kebahagiaan.”
“Setiap hari adalah ‘hari pertama’ untuk makan secara sihat.”
Tak berhenti di situ, ada juga yang mengambil peluang berkongsi ‘petua sihat versi kampung’.
“Rahsia dia senang je. 1) Minum air limau nipis pure takda gula, air biasa jangan air panas. 2) Makan sayur ulam banyak etc daun gemungga/moringga, pegaga air/ kampong, selom, kangkung celur, pucuk ulam raja dan pucuk jambu golok, petai dan jering. Selamat mencuba.”
Sebenarnya, orang luar mungkin nampak tabiat makan kita sebagai ‘tak sihat’, tapi bagi rakyat Malaysia, makanan adalah bahasa cinta (kata-kata orang yang berazam kurus tahun ini). Cumanya, seperti semua benda dalam hidup, sederhana itu kunci.
BACA: Mat Saleh Bongkar Isi Beg Penuh “Goodies” Dari Malaysia
Sumber: TikTok @veli_in_malaysia