Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
mat saleh goodies malaysia
Gambar: TikTok @random.4.you
Tiada Kategori
Mat Saleh Bongkar Isi Beg Penuh “Goodies” Dari Malaysia

Hannah

Mat Saleh Bongkar Isi Beg Penuh “Goodies” Dari Malaysia

Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar dan bekerja, ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada kesibukan hidup.

Namun akhirnya, ramai yang meninggalkan Malaysia dengan memori yang terlalu manis untuk dilupakan. Seolah-olah Malaysia sudah menjadi rumah kedua di hati mereka.

Begitulah juga kisah seorang Mat Saleh yang cukup dikenali ramai sebagai “Mr. T”. Sebelum ini dia pernah mencipta lagu khas sebagai tanda kasih pada Malaysia sebelum pulang ke Amerika.

Terbaru, dia sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi video “unboxing” isi beg penuh goodies dari Malaysia yang dibawanya pulang.

“Kalau boleh bawa nasi lemak…” – Mat Saleh

Dalam video tersebut, Mr. T berkongsi bagaimana dia masih belum “move on” selepas meninggalkan Malaysia.

Jet lag belum habis, jam baru pukul 3.14 pagi, tapi dia dah mula buka beg dan keluarkan satu persatu ‘harta karun’ yang dibawanya. Katanya, dia isi beg sampai maksimum hanya kerana tak mahu tinggalkan Malaysia dengan kosong tangan.

Antara barangan paling ‘wajib’ dibawa pulang oleh Mr. T semestinya teh tarik, siap dengan pelbagai jenis dan jenama.

Bukan itu sahaja, dia turut membawa pelbagai jenis kopi dan snek, termasuklah snek kegemarannya yang dia panggil “Super King” (tapi kita semua kenali sebagai Super Ring).

“Beberapa benda lain tu sebenarnya saya dah pernah cuba dan memang suka, sebab itu saya beli lagi.

“Pada hari terakhir sebelum balik, bila nampak masih ada ruang dalam beg, saya terus ‘habis-habisan’ pergi beli macam-macam di pasar raya,” katanya.

“Jangan ketawa, beberapa barang mungkin Malaysia punya, beberapa lagi bukan. Tapi, semua ni saya bawa dari Malaysia,” tambahnya.

“Saya memang pastikan ada ruang dalam beg supaya boleh beli apa sahaja yang saya nak, sebab saya tahu saya akan rindu semua ini. Kalau boleh bawa nasi lemak sekali pun, memang saya akan bawa.

“Saya sebenarnya tak nak tinggalkan Malaysia tanpa cuba sebanyak mungkin makanan dan snek di sana. Mungkin sebab itu saya susah nak tidur sekarang, sebab masih teringat benda-benda yang saya tak sempat beli sebab beg dah penuh.

“Saya rasa mungkin masih ada lagi snek yang tersembunyi dalam beg tapi bilik saya pun sekarang dah sangat bersepah,” katanya.

“Terima kasih, Malaysia…” – Mat Saleh

Walaupun sudah berada di Amerika, hatinya jelas masih ‘tertinggal’ di Malaysia.

“Saya sayang kamu, Malaysia. Saya rindu Malaysia. Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan, termasuk sokongan terhadap lagu yang saya hasilkan sebelum pulang.

“Terima kasih atas layanan yang begitu luar biasa. Terima kasih Malaysia kerana menjadi Malaysia. Saya mungkin sudah meninggalkan Malaysia, tapi Malaysia takkan pernah meninggalkan hati saya,” luahnya, menutup video.

BACA: Netizen “Speechless”, Mat Saleh Cipta Lagu Khas Untuk Malaysia

Sumber: TikTok @random.4.you