Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jangan Undi Saya Jika Perkhidmatan Tak Bagus” - Akmal Saleh

AKMAL
Kredit: Bernama

Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menyerahkan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau untuk menilai prestasi perkhidmatannya sepanjang empat tahun 11 bulan sebelum menentukan sama ada beliau wajar diberikan mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Calon DUN Merlimau itu berkata, rakyat berhak menentukan sama ada khidmat yang diberikan sepanjang tempoh berkenaan memenuhi harapan mereka atau sebaliknya.

“Jangan undi saya jika perkhidmatan saya tidak bagus, tetapi jika berpuas hati, saya mohon kepercayaan anda semua sekali lagi untuk berkhidmat bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu turut menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat dengan membawa identiti sebagai anak kampung menerusi slogan “Anak Kampung Untuk Orang Kampung”.

Pada PRN Melaka 2021, Akmal memenangi kerusi DUN Merlimau dengan memperoleh 5,633 undi.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid yang meraih 2,385 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie memperoleh 1,622 undi.

Kemenangan itu menyaksikan Akmal memperoleh majoriti sebanyak 3,248 undi.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Akmal Saleh menyerahkan kepada pengundi Merlimau untuk menilai prestasinya hampir lima tahun.
  • Beliau meminta pengundi tidak memilihnya jika perkhidmatan dianggap tidak memuaskan.
  • Pada PRN Melaka 2021, Akmal menang kerusi Merlimau dengan majoriti 3,248 undi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan