Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Warga Indonesia Kecewa Tuala Wanita Masih Dikenakan Cukai, Siap Banding Dengan Malaysia

Tuala Wanita Masih Dikenakan Cukai
Gambar Hiasan

Tuala wanita merupakan antara keperluan asas wanita yang penting bagi menjaga kebersihan diri sepanjang tempoh kedatangan haid setiap bulan.

Baru-baru ini, warga Indonesia sekali lagi mengkritik kerajaan mereka selepas mengetahui bahawa tuala wanita di Malaysia dikecualikan daripada cukai jualan.

Susulan itu, ramai pengguna media sosial, khususnya wanita, meluahkan rasa kecewa kerana barangan keperluan asas seperti tuala wanita masih dikenakan cukai.

Antaranya, pengguna bernama @chyntxia yang menyuarakan kekecewaan kerana wanita perlu membayar cukai bagi barangan yang diperlukan hanya kerana memiliki rahim.

“Tuala wanita yang sudah menjadi keperluan asas wanita masih dikenakan cukai, boleh bayangkan betapa tidak adilnya apabila kita dikenakan cukai hanya kerana memiliki rahim,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menyenaraikan beberapa barangan yang menurutnya wajar dikecualikan daripada cukai atau sekurang-kurangnya dijual pada harga lebih rendah.

Tuala Wanita Di Indonesia Masih Dikenakan Cukai

Antaranya termasuklah keperluan pembelajaran seperti buku, alat tulis dan kelengkapan sekolah, selain barangan berkaitan haid serta kesihatan reproduktif seperti tuala wanita dan alat pencegah kehamilan.

Dia turut mencadangkan supaya barangan bayi seperti lampin pakai buang dan susu formula, serta makanan asas seperti beras, telur dan minyak masak, diberikan pertimbangan sama.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, @annisaawardhanip, membandingkan dasar percukaian Indonesia dengan Malaysia yang mengecualikan tuala wanita daripada cukai jualan.

Menurutnya, Malaysia tidak mengenakan cukai jualan terhadap tuala wanita, sedangkan Indonesia masih mengenakan cukai pertambahan nilai (PPN).

“Perbezaan ini mengingatkan kita bahawa dasar fiskal bukan sekadar berkaitan hasil pendapatan negara, sebaliknya turut mempengaruhi kos sara hidup dan kemampuan masyarakat mendapatkan keperluan harian.

“Memahami politik bermaksud memahami dasar yang membentuk kehidupan seharian kita,” katanya.

Perkongsian kedua-dua pengguna itu mencerminkan kekecewaan rata-rata wanita Indonesia terhadap cukai yang dikenakan terhadap barangan keperluan haid.

Malah, kemampuan membeli tuala wanita turut menjadi perhatian kerana tidak semua wanita mempunyai kedudukan kewangan yang membolehkan mereka mendapatkannya secara konsisten.

Keperluan setiap wanita juga berbeza mengikut kesesuaian kulit, aliran haid dan faktor lain, sekali gus menjadikan pemilihan tuala wanita yang sesuai sebagai satu keperluan penting.

Intipati
  • Warga Indonesia mengkritik cukai tuala wanita selepas membandingkannya dengan pengecualian cukai di Malaysia.
  • Seorang pengguna berkata tuala wanita masih dikenakan PPN 11 peratus di Indonesia.
  • Isu kemampuan membeli tuala wanita turut dibangkitkan kerana keperluan wanita berbeza-beza.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan