Siakap Keli
Gambar Via Twitter

Covid-19 Semakin Memuncak, Tular Foto Orang Ramai Berkhemah Atas Bukit Di Indonesia, Dipercayai Ketika Pandemik

Beberapa keping gambar yang menyaksikan keadaan Bukit Alas Bandawasa di Bogor yang dipenuhi dengan pelancong dan deretan khemah tular  di Twitter sejak 31 Mei yang lalu.

Tindakan tersebut didakwa dilakukan ketika pandemik Covid-18 yang sedang menular pada ketika ini.

Ketua Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Bapakrekraf Agustini Rahayu, berkata bahawa masyarakat perlu meneliti terlebih dahulu arahan dari pemerintah daerah masing-masing.

“Melancong sememangnya telah dikira akan menjadi salah satu aktviti yang akan banyak dilakukan oleh masyarakat selepas Covid-19 berakhir.

“Namun, sebelum melakukannya masyarakat seharusnya melihat terlebih dahulu arahan dari pemerintah daerah masing-masing mengenai kesediaan destinasi tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai orang ramai yang berkhemah di situ, Ayu berkata bahawa persiapan SOP normal baru telah disiapkan.

Menurutnya, SOP kesihatan yang baru nanti akan memfokuskan pada penerapan tiga faktor utama iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan termasuk panduan dalam pengelolaan pengaturan pelancongan.

Sumber: Kompas.com

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.