Siakap Keli

Deco Lantai Rumah Guna “Vinyl Flooring”, Mudah Tak Guna Gam, Tak Perlu Upah & Jimat Kos Pasang Sendiri, Lantai Nampak ‘Mewah’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menghias bilik dan kediaman dengan tema dekorasi yang cantik pastinya menjadi idaman setiap orang.

Tahukah anda, corak dan jenis lantai juga memainkan peranan penting dalam menaikkan mood kita setiap hari, dalam erti kata lain, cantik lantainya cantik jugalah moodnya.

Biasanya bagi rumah-rumah di Malaysia, rata-rata orang kita suka menggunakan lantai jenis vinyl, atau dipanggil vinyl flooring.

Anda tahu bagaimana rupanya?

Gambaran contoh ruang kediaman yang menggunakan lantai jenis vinyl. (gambar sekadar hiasan)

Ia seakan lantai yang dibuat daripada kayu dan sangat menarik jika dipandang sebab ada elemen alam semulajadi.

Tidak kurang juga, permukaannya juga selesa apabila dipijak, serta berasa sejuk setiap masa.

Seorang warga Facebook, Ikhwan Nazmi Azmy berkongsi kaedah menghias lantai kediaman menggunakan vinyl flooring serta cara-cara pemasangannya.

Mudah sahaja, mari kita baca perkongsiannya ini.

Gambar: Facebook

Baru siap pasang vinyl flooring kat master bedroom dua hari lepas. Kerja pemasangan bermula awal pagi lebih kurang jam dua pagi. Haha.. Bukan apa, sambil pasang boleh layan kopi.

Dah lama beli, untuk keluasan bilik aku ni, aku memerlukan empat (4) kotak vinly floor ni (satu kotak 36 keping, cover 54 sqft) baru pasang tu sebab dua kotak baru diterima baru-baru ni (2 order, 1 order maksimum 2 kotak).

2 kotak tu stuck kat hub Poslaju lebih kurang tiga minggu. Huhu.. Pelan asal nak pasang masa PKP hari tu. Sekarang dah PKPB susah sikit sebab dah mula bekerja. Nasib baik ada cuti sehari dua ni boleh la meluangkan masa.

Ingat nak shoot video letak dalam channel Youtube aku; Cikuucak https://www.youtube.com/c/Cikuucak/ tapi bila nak siap kalau buat sambil record video haha.

Okey, nak share sikit la cara pasang. Sebab aku pun zero bab ni, tertanya-tanya nak buat macamana. So aku pun dah buat kajian dulu sedikit sebanyak sebelum pasang takut nanti tak cantik or salah buat.

Jadi mana la tahu boleh jadi rujukan kat sesiapa yang terkapai-kapai macam aku. Wakaka

1) Apa yang perlu buat dulu?

Dah tentu la bersihkan lantai bilik dulu. Alihkan barang-barang, mop dan lain-lain.

Kosongkan ruang terlebih dahulu dan bersihkan kawasan lantai. Gambar: Facebook

2) Nak tampal arah mana?

Okay, yang ni aku ikut panjang bilik. Jadi susunan tu menghala / selari dengan panjang bilik. Maknanya bahagian yang paling panjang dalam bilik la.

Ada juga yang aku jumpa susunan / arah dia kena menghala ke arah cahaya yakni tingkap / pintu tapi dalam kes aku ni kurang cantik sebab jarak dinding yang menghala ke sliding door tu pendek.

3) Macamana susunan / corak vinyl tu?

Yang biasa aku tengok ada orang tampal macam biasa sebelah sebelah sama panjang, ada juga selang-seli macam susunan bata tapi yang aku buat susunan selang-seli anak tangga.

Ambil ukuran untuk cross tu 2/3 dari kepingan sebelah.

Antara konsep susunan yang boleh digunakan, dan Ikhwan memilih untuk menggunakan konsep susunan anak tangga. Gambar: Facebook
Cara susunan mengikut susunan anak tangga. Gambar: Facebook

4) Dari mana nak mula tampal?

Ok, aku bermula dari bahagian / dinding yang aku rasa lantainya untuk expose / tak disorok dengan perabut. Jadi permulaannya untuk aku potong tu cantik la.

Jadi penyudahnya di hujung satu lagi mungkin potongan sedikit kurang cantik. Tapi tak risau sebab hujung penyudah nanti memang pelan nak pasang wardrobe. Jadi cacat cela hujung tu tersorok la nanti.

5) Peralatan yang diperlukan?

  • Pisau
  • Cutting mat
  • Pembaris L / pembaris
  • Pita ukur
Senarai alatan yang diperlukan sebelum projek bermula. Gambar: Facebook

6) Jenis / material vinyl floor?

  • PVC & self adhesive, maknanya tak perlu gam. Cuma perlu tarik kertas kat belakang vinyl tu. Dia dah tersedia dengan gam. Peel-off kertas tu dan tampal saja
  • Saiz sekeping 15.24 cm x 91.44 cm (6″ x 36″)
  • Tebal 1.8 mm
  • Sekotak 36 keping cover 54 sqft (ada lebihan sikit bila dah siap tampal untuk bilik aku ni)
Vinyl floor ini jenis self adhesive, boleh terus tarik dan tampal. Gambar: Facebook
Ukur dulu elok-elok sebelum dipotong. Gambar: Facebook

 

7) Cabaran semasa menampal?

Tricky part is bila nak tampal kat bahagian bersegi macam kat frame pintu. Kena ukur dan potong betul-betul.

Jika ada gap kat tampalan tu nanti aku nak kemaskan dengan sealer atau plaster filler.

Bahagian yang perlu diberi perhatian, seperti sisi frame pintu. Gambar: Facebook
“Kemas kan potongan dia? tengok la sape yang buat,” petikan kapsyen gambar di Facebook.
Jika ada ruang atau gap, boleh kemaskan dengan selaer atau plaster filler. Gambar: Facebook

Gambar berikutnya adalah keadaan yang sudah siap dipasang sepenuhnya.

Lantai bilik yang sudah dipasang dengan vinyl floor. Gambar: Facebook

Nampak macam lantai kayu betul kan?

Kata Ikhwan, kebaikan vinyl floor ini berbanding kayu sebenar adalah ia tidak akan kembang dan tidak reput dimakan masa serta selamat daripada ancaman anai-anai.

Selain itu, ia juga dipercayai boleh bertahan sehingga 10 tahun.

Gambar: Facebook
Pemandangan ketika sebelum dipasang. Gambar: Facebook

Di atas ini adalah pemandangan lantai bilik ketika belum dipasang vinyl floor, manakala di bawah pula adalah ketika selepas dipasang.

Gambar: Facebook

“Selepas.. kalau diperhatikan vinyl flooring tu menghala / selari dengan ruang yang paling panjang dalam bilik berbanding menghala dari dinding kiri ke sliding door kanan yang jarak lebih pendek. Aku bermula dari posisi yang aku ambil foto ni & penyudah di hujung sana. Sebarang cacat cela hujung sana tak risau sangat sebab nanti nak pasang wardrobe cuma bajet belum ada. Sob sob..” kata Ikhwan dalam kapsyen gambarnya.

8) Beli kat mana?

Boleh beli di Shopee DISINI atau di Lazada DISINI.

Sumber: Ikhwan Nazmi Azmy

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.