Siakap Keli

Lelaki Hilang Semalaman, Ditemui Di Dalam Mulut Buaya

PALEMBANG – Joni (30) seorang nelayan di Kabupaten Banyuasin, Sumatera Selatan, ditemui mati kerana dimakan oleh buaya. Joni ditemui mati setelah hilang selama satu malam. Ketika ditemui, mayat mangsa masih berada di mulut buaya di perairan Sungai Bungin, Kabupaten Banyuasin II, Kabupaten Banyuasin, Sumatera Selatan, Khamis (6/4/2020).

Pengarah Polis Air dan Udara (Dit Polairud) Polis Daerah Sumatera Selatan, Senior Asisten Komisioner Pol Yohanes Sismardi Widada berkata, polis pada awalnya menerima laporan daripada orang ramai. Polis diberitahu bahawa ada seorang penduduk yang diterkam oleh buaya. Setelah dilakukan penyiasatan, polis menemui buaya yang masih kelihatan menggigit mangsanya. Setelah diperhatikan dengan teliti, mangsa di mulut buaya itu adalah tubuh Joni.

Buaya menyerang pegawai

Pegawai juga berusaha mengusir buaya tersebut untuk melepaskan mayat mangsa. Tetapi sebaliknya buaya itu  menyerang petugas.

“Anggota melepaskan dua das tembakan ke atas badan buaya itu. Akhirnya, buaya itu melepaskan mangsa dan melarikan diri. Dipercayai mangsa pada ketika itu telah meninggal dunia,” kata Yohanes ketika dihubungi melalui pesanan teks.

Sumber: Kompas.com

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)