‘Degil’. Itu perumpamaan tepat yang boleh diberikan kepada segelintir peniaga warga asing yang masih berkeras kepala menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi halaman Facebook hari ini melaporkan pihak penguatkuasaan mereka menggempur gerai penjaja warga asing tersebut yang masih berdegil menjaja di luar kawasan PBKL dalam satu operasi pagi tadi.
“Tindakan sita terus dilaksanakan oleh DBKL ke atas aktiviti mereka ini.
“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan oleh DBKL akan diteruskan khususnya di sekitar PBKL bagi memastikan aktiviti oleh bukan warganegara ini tidak membiak semula,” kata kenyataan tersebut.



Pasar Borong Kuala Lumpur, 4 Jun 2020 – Seawal pagi ini DBKL terus mengempur penjaja warga asing yang masih berdegil…
Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Wednesday, June 3, 2020
Sumber: DBKL