Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Bagi Salam Tapi Tak Ada Orang”, Lelaki Kongsi Gambar Penghantar Makanan Tumpang Solat Di Koridor Rumah

Amira
food panda solat
Gambar: Aryyaff

Solat itu ringan bagi orang yang ambil berat namun berat bagi orang yang ambil ringan. Kata-kata ini mengingatkan kita betapa ramai orang yang mengambil mudah tuntutan ini dan lupa bahawa setiap detik, kita bernafas atas rahmat-Nya.

Baru-baru ini, tular gambar seorang lelaki penghantar makanan menumpang koridor rumah orang untuk menunaikan solat. Gambar asal yang dimiliki Nor Hoda Haji Tarseh telah dikongsikan seorang pengguna Twitter, Aryyaff dan mendapat lebih 25 ribu tanda suka dan lebih 14.1 ribu ulang kicau.

Tindakan beliau telah menjentik hati orang ramai yang kagum dengannya. Malah, ada antara mereka mendoakan agar beliau dikurniakan zuriat yang hebat melihat kepada akhlak ditunjukkannya.

Bila niat kau betul, semua benda jadi sempurna

Moga darinya lahir zuriat-zuriat yang hebat

Moga Allah murahkan rezeki dan pelihara abang rider dan tuan rumah

Kalau ada rezeki lebih, sedekahkan pada mereka

Bawa sejadah sendiri elak jangkitan

Ada ijazah, tapi buat kerja dari bawah

Pengajarannya, hati abang rider itu mungkin lebih bahagia dengan Allah di hatinya, hingga membuatkannya tetap bersolat walau persekitaran ‘tidak sempurna’.

Bagaimana pula kita?

Moga kita terhindar dari menjadi golongan yang terlalu sibuk dan cintakan dunia hingga meletak pemilik dunia di belakang kita. Mudah-mudahan. Aamiin.

Sumber: Aryyaff (Nor Hoda Haji Tarseh)