Sehingga 4 Jun 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 277 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak kes.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.
Daripada jumlah 277 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 2 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 275 kes. Bagaimanapun sebanyak 271 daripada jumlah penularan tempatan adalah melibatkan bukan warganegara dan 4 kes melibatkan warganegara.
Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah 8,247 dan kes aktif kebolehjankitan Covid-19 adalah senyak 1,573 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Sehingga kini, seramai 6 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).Daripada jumlah tersebut, 2 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes ( 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sumber: Sidang Media KKM