Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Kementerian Luar Negeri Sahkan Warganegara Malaysia Hilang Di Jeddah Meninggal Dunia
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang warganegara Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang di Jeddah, Arab Saudi telah meninggal dunia.
Menerusi kenyataan Wisma Putra di Facebook, individu tersebut dikenali sebagai Puan Nadiah Kasumawati yang dilaporkan hilang sejak 15 Januari lalu.
Pengesahan itu diperoleh hasil usaha Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan serta semakan rekod berkaitan.
Kementerian menjelaskan pihak keluarga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menzahirkan rasa simpati serta ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.
Dalam pada itu, kementerian turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang pengendalian kes berkenaan.
Bagi memastikan semua urusan berjalan lancar, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah kini giat memberikan bantuan konsular sepenuhnya kepada keluarga mangsa.
Menerusi kenyataan lagi, wakil kedua-dua perwakilan diplomatik Malaysia juga berada di lapangan bagi memantau perkembangan serta memudahkan proses-proses selanjutnya.
Selain itu, Kementerian Luar Negeri menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan.
Namun, memandangkan kes ini melibatkan privasi keluarga, kementerian tidak akan mengulas lanjut mengenai butiran peribadi individu terlibat.
“Kementerian Luar Negeri ingin menegaskan bahawa keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan
“Walau bagaimanapun, memandangkan kes ini melibatkan privasi pihak keluarga, Kementerian ini tidak akan mengulas lanjut mengenai butiran peribadi individu terlibat bagi menghormati sensitiviti semua pihak,” ujar kenyataan.

Sumber: Wisma Putra