Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyerahkan lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada salah seorang penjaja, Minah Awang atau lebih dikenali sebagai Che Nah yang berniaga di Jalan Medan Setia Bukit Damansara.
Bersyukur kerana telah lama mengidamkan lesen tersebut, Che Nah tidak dapat menahan sebak serta bersujud syukur sambil ditenangkan oleh Tan Sri Annuar Musa.
Menerusi rakaman video ‘live’ di Facebook beliau, Tan Sri Annuar Musa berkata penyerahan lesen itu adalah juga adalah sebagai simbolik untuk menggalakkan penjaja untuk terus berniaga.
penyerahan lesen che nah
Posted by Tan Sri Annuar Musa on Wednesday, June 3, 2020
Rata-rata warganet yang menonton video itu juga nyata terharu dan sebak apabila melihat momen penyerahan lesen tersebut.
Sumber: Tan Sri Annuar Musa