Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

“No Jajan,” Belanja Anak Lebih Terkawal, Ibu Syukur Sekolah Guna Aplikasi Ini
Sudah menjadi rutin harian kebanyakan ibu bapa untuk menghulurkan wang saku kepada anak-anak buat membeli makanan di sekolah.
Namun, kebimbangan terhadap perbelanjaan tidak terkawal sering menghantui ibu bapa, terutamanya apabila wang saku digunakan untuk perkara yang kurang berfaedah.
Situasi inilah yang dilalui seorang warga maya, @nurashikin_din, apabila menghantar anak-anaknya ke sekolah.
“Biasa bagi duit sekolah RM5. Pergi kantin RM2, baki RM3 beli pemadam kat koperasi atau jajan luar sekolah. Penat dah bebel,” luah seorang ibu di laman Threads.

Namun, kini tidak lagi. Penggunaan aplikasi ORIJIN School di sekolah anaknya membantu wanita berkenaan mengawal perbelanjaan mereka.
“Sekarang guna kad ni, semua saya boleh kawal. Jajan pun tak boleh sebab tak bawa wang tunai dah,” ujarnya, gembira.
Difahamkan, tahun ini, sekolah anaknya mula melancarkan program transaksi tanpa tunai sepenuhnya. Setiap murid menerima sekeping kad ORIJIN dan mereka hanya perlu menyentuh kad di kantin untuk pembayaran.
Tambah wanita berkenaan ketika ditanya SK, sebelum ini sistem tanpa tunai hanya biasa dilihat di sekolah swasta. Kini, sekolah kebangsaan juga sudah mula menggunakannya.

Bagi pihak ibu bapa pula, aplikasi ini mempunyai fungsi penjejakan perbelanjaan anak secara terus.
Program ini dilancarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengetengahkan kemudahan urusan jual beli di sekolah tanpa tunai dengan selamat.
“Terima kasih sebab mudahkan ibu bapa. Hari ni anak sulung belanja RM3, anak kedua RM2. Takde ruang la nak beli benda pelik-pelik,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, ramai yang baru tahu kewujudan aplikasi ini. Malah, turut memuji fungsi kawalan perbelanjaan yang disediakan.
“Dah boleh usul dekat PIBG sekolah anak ni. Senang. Takde la kita sibuk-sibuk nak cari duit kecil kan,” kata warga maya.
“Wah, dah ada dah sistem ni. Tahun lepas baru dengar ada orang nak laksanakan sistem ni. Kalau guru ada paparan untuk semua pelajar lagi bagus. Boleh tahu pelajar mana yang tak berkemampuan,” ulas seorang lagi.
“Hebat sistem sekolah, jimat duit. Takde nak beli benda pelik-pelik,” puji yang lain.
Sumber: Threads @nurashikin_din