Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
ibu dapat call sekolah
Gambar: AI/ImageFX
Cuak Dapat Call Dari Sekolah, 'Peel' Anak Buat Ibu 'Terduduk'

Hannah

Cuak Dapat Call Dari Sekolah, 'Peel' Anak Buat Ibu 'Terduduk'

Bagi mereka yang beruntung bergelar ibu bapa, proses membesarkan anak memang penuh dengan warna.

Ada hari buat kita ketawa, ada hari buat kita pening. Tapi, ada juga hari yang akhirnya jadi kenangan manis untuk disimpan bila anak-anak sudah besar nanti.

Terutama bila anak mula melangkah ke alam sekolah, mula belajar berdikari, mula "explore" dunia luar tanpa ibu bapa sentiasa di sisi. Waktu inilah bermacam-macam ragam akan muncul.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dipercayai seorang ibu, apabila berkongsi kisah lucu tentang anaknya yang baru melangkah ke Darjah 1.

"Dia merayu dengan cikgu suruh call saya..."

Menurut ibu ini menerusi satu perkongsian ringkas di Threads, satu hari dia menerima panggilan daripada guru sekolah anaknya.

"Hari ni cikgu call, kata anak sakit perut. Dia merayu dengan cikgu suruh call saya," kongsi si ibu.

Sebagai ibu, siapa yang tak risau bila dapat panggilan dari sekolah? Macam-macam boleh terlintas di fikiran. Mungkin demam, keracunan makanan atau sakit yang serius.

Tanpa berlengah, si ibu terus datang ke sekolah untuk mengambil anaknya.

Namun, sebaik sampai dan bertanya apa yang sebenarnya berlaku, jawapan si anak benar-benar mengejutkan si ibu. Mungkin juga, pening dalam masa yang sama.

Siapa sangka, si kecil itu sakit perut sebab nak membuang air besar, tetapi tidak mahu menggunakan tandas sekolah.

"Lepas ambil dia, tanyalah kenapa. Rupanya sakit perut nak berak dekat rumah, tak nak berak dekat sekolah...," tambah si ibu, pasrah.

Menurutnya lagi, anaknya lebih selesa menggunakan tandas di rumah sendiri.

Lebih mencuit hati, si ibu mengakui dia sudah siap risau bukan main, menyangka anaknya mengalami sakit yang serius. Sekali rupanya sebab 'urusan besar' yang nak dibuat di rumah sendiri.

Ruangan komen penuh cerita 'serupa'

Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu bapa lain terus berkongsi pengalaman yang hampir sama. Rupa-rupanya, ini memang 'penyakit' biasa kanak-kanak sekolah rendah.

Tak kurang, ada juga yang berkongsi kenangan zaman kecil sendiri.

"Anak aku pun sama. Sanggup berlapar, takut berak kat sekolah..."

"Adoi, anak aku pun macam ni ke nanti? Masa dekat airport meraung minta nak balik sebab nak berak. Dia ingat dekat agaknya..."

"Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Saya pun pernah buat perangai macam ni. Telefon ayah suruh ambil pasal tak nak membuang kat sekolah. Time tu rasanya darjah 2 ke 3 macam tu. Datanglah ayah dari tempat kerja ke sekolah semata-mata nak ambil kita balik rumah, membuang kat rumah."