Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
jawapan anak kerja ayah
Gambar: AI/ImageFX
Tergamam Dengar Jawapan Anak Sendiri Soal Kerja Si Ayah

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tergamam Dengar Jawapan Anak Sendiri Soal Kerja Si Ayah

Orang selalu cakap, membesarkan anak ni penuh dengan dugaan. Tak dinafikan, ada masanya kita penat.

Tapi hakikatnya, proses membesarkan anak memang penuh warna-warni. Cerita yang berlaku mungkin takkan berulang, tapi kenangannya akan sentiasa hidup dalam ingatan.

Itulah yang dilalui oleh seorang lelaki dipercayai seorang bapa, apabila perkongsiannya tentang anak sendiri tular dan mencuit hati ramai di media sosial.

"Ayah awak kerja apa?"

Dalam perkongsiannya, lelaki ini menceritakan satu dialog ringkas antara guru dan anaknya yang berusia empat tahun. Soalan biasa, jawapan pun jujur, terlalu jujur sampai ayah sendiri 'kena'.

Cikgu: Ayah awak kerja apa?

Anak aku 4 tahun: Abah tak kerja. Abah duk kedai kopi je. Duduk sembang-sembang dengan kawan.

Begitulah dugaan owner kedai kopi. Kena fitnah dengan anak sendiri.

Jawapan polos itu nyata menghiburkan ramai. Mungkin bagi kanak-kanak, apa yang mereka nampak itulah kebenaran. Kalau selalu nampak ayah di kedai kopi, itulah 'pekerjaan' ayah pada pandangan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, netizen lain tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman masing-masing. Rupa-rupanya, ramai ibu bapa pernah 'dimalukan' angkara kejujuran anak sendiri.

"While me. Mommy kerja apa? Kerja sampah. Aku kerja quality environment..."

"My mom work as money stealer" - 5yo boy. Maknya kerja pemungut cukai..."

"Aku pernah kena. Aku Project Engineer dalam oil and gas maintenance, so banyaklah hose stack up dekat depan office. Kebetulan office ada general cleaning, aku bawa anak aku umur 7 tahun datang office, dia cakap aku kerja cuci kereta, bukan engineer, dia cakap aku tipu."

"Kita pernah ada student bagitau ayah dia tidur je sepanjang hari, pastu malam-malam keluar tak ingat balik rumah berhari-hari. Pastu baru tahu ayah dia nelayan..."

Jujur tanpa niat, tapi 'kena' tepat ke hati

Biasalah, budak kecil setahun jagung. Kisah-kisah seperti ini mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya inilah momen kecil yang akan kita kenang suatu hari nanti.

Saat anak masih jujur tanpa tapisan, masih melihat dunia dengan mata yang polos.

Satu hari nanti, momen inilah yang akan buat kita tersenyum sendiri bila anak-anak sudah besar dan mula hidup sendiri.