Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Pelajar Sekolah Titip Surat
Kredit: Polres Ngada via Radar Pena
Ibu Tak Mampu Belikan Pen & Buku, Pelajar Sekolah Titip Surat Sebelum ‘Pergi’ Selamanya

Athirah

Ibu Tak Mampu Belikan Pen & Buku, Pelajar Sekolah Titip Surat Sebelum ‘Pergi’ Selamanya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sebuah pondok berhampiran pokok cengkih, lapor Kompas.

Kejadian berkenaan berlaku di Kabupaten Ngada, Nusa Tenggara Timur di Indonesia.

Mangsa turut meninggalkan sepucuk surat tulisan tangan kepada ibunya sebelum kejadian berlaku.

Penemuan surat itu menimbulkan tanda tanya mengenai tekanan hidup yang mungkin dialami mangsa sejak kecil.

Surat ditemui di lokasi kejadian

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Ngada, Inspektor Dua Benediktus E Pissor berkata hasil siasatan awal mendapati kematian mangsa dipercayai berpunca daripada tindakan membunuh diri.

Menurut beliau, surat yang ditemui di lokasi kejadian dipercayai ditulis oleh mangsa sendiri selepas perbandingan tulisan tangan dibuat dengan buku sekolah miliknya.

Kredit: Detik Edu

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat persamaan yang ketara antara tulisan dalam surat tersebut dengan buku latihan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi memastikan tiada unsur lain terlibat dalam kejadian itu.

Mangsa kelihatan murung sebelum 'ragut' nyawa sendiri

Menurut Kompas, beberapa saksi melaporkan melihat wajah mangsa yang murung sebelum tragedi berlaku.

Dua saksi dilaporkan melihat mangsa sedang duduk di luar pondok sekitar jam 8 pagi.

Mereka sempat berbual dengan mangsa, menanyakan keberadaan neneknya serta sebab mangsa tidak ke sekolah. Dalam pertemuan itu, mereka mendapati mangsa kelihatan murung dan sugul.

Dalam sepucuk surat berkenaan, mangsa seolah-olah menyampaikan kata-kata “perpisahan” kepada ibunya. Mangsa juga meminta agar ibunya tidak bersedih dan merelakan pemergiannya.

Hadapi kehidupan sukar, kurang kasih sayang

Ibu mangsa berusia 47 tahun, memaklumkan bahawa anaknya bermalam di rumahnya sehari sebelum kejadian.

Keesokan paginya, mangsa dihantar ke pondok neneknya menggunakan motosikal kira-kira jam 6 pagi.

Beliau turut mengakui bahawa keadaan ekonomi keluarga yang serba kekurangan menyukarkan kehidupan harian mereka.

“Saya sempat menasihatinya supaya rajin ke sekolah. Tetapi kami memang hidup dalam serba kekurangan,” katanya.

Seorang penduduk tempatan, Lipus Djio, mendedahkan bahawa keluarga mangsa telah lama menghadapi pelbagai cabaran sehingga mangsa memilih tinggal bersama neneknya yang berusia sekitar 80 tahun.

Menurut beliau, mangsa kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

Difahamkan, bapanya meninggal dunia sebelum mangsa dilahirkan, manakala ibunya terpaksa membesarkan lima orang anak seorang diri.

Sebelum kejadian, mangsa sempat meminta wang daripada ibunya untuk membeli buku dan alat tulis, tetapi permintaan itu tidak dapat dipenuhi kerana kekangan kewangan.

Perkara tersebut dipercayai memberi kesan emosi mendalam kepada mangsa sehingga membawa kepada tindakan tragis itu.

Sumber:KOMPAS.com