Siakap Keli

20 Ribu Tan Diesel Tumpah, Sebatang Sungai Di Rusia Bertukar ‘Merah Darah’ Hingga Terpaksa Diisytihar Darurat

Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah mengistiharkan darurat setelah 20,000 tan minyak diesel bocor dan mengalir di dalam sungai yang berada di Lingkaran Artik.

Tumpahan itu berlaku ketika sebuah tangki bahan bakar di sebuah loji berhampiran bandar Norilsk di Siberia runtuh  pada Jumaat lalu.

Pengarah loji janakuasa, Vyacheslav Starostin, telah ditahan sehingga 31 Julai sebelum didakwa.

Kilang dimiliki oleh anak syarikat Norilsk Nickel merupakan pengeluar nikel dan paladium terkemuka di dunia.

Jawatankuasa Penyiasat Rusia membuka kes tersebut sebagai kes jenayah berhubung pencemaran dan tuduhan kecuaian. Hal ini kerana, laporan kepada pihak berkuasa Moscow hanya dibuat selepas 2 hari tumpahan minyak.

Mendapan tanah di bawah tangki simpanan bahan bakar dipercayai punca kepada tumpahan tersebut.

Presiden Putin meluahkan rasa marah setelah mendapati pengawainya hanya mengetahui mengenai kejadian itu pada hari Ahad.

Menteri Kecemasan Rusia, Yevgeny Zinichev, memberitahu Putin bahawa kilang Norilsk telah mencuba selama 2 hari untuk membendung tumpahan tersebut sebelum memberitahu kementerian.

Tumpahan minyak itu telah mengalir sekitar 12 km dari lokasi kejadian dan menjadikan lingkaran merah di sungai Ambarnaya.

Sumber: Siberian times bbc 

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.