Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Gambar: Facebook Masjid Nuruddin Chana

Covid-19: Thailand Benar Solat Berjemaah Di Masjid

Sha Rossa

Bangkok: Pejabat Sheikhul Islam Thailand membenarkan solat berjemaah dilakukan di masjid-masjid mulai hari ini (5 Jun), dengan syarat langkah pencegahan membendung wabak COVID-19 perlu dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan, Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon, berkata memandangkan keadaan bertambah baik dan semakin banyak larangan dilonggarkan, Pejabat Sheikhul Islam bersetuju membenarkan solat berjemaah dilakukan di masjid seluruh negara.

“Sebelum memasuki masjid, jemaah mesti memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan dan menggunakan pensanitasi tangan.

”Selain itu, jemaah perlu mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah sendiri dan menjaga jarak sosial satu hingga dua meter.

“Jemaah perlu memakai pelitup muka dan mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika menunaikan solat,” kata kenyataan itu.

Aziz berkata pegawai masjid mesti menyediakan borang bagi individu mendaftarkan nama dan nombor telefon.

“Masjid perlu dibuka 15 minit sebelum dan ditutup 15 minit selepas solat,” katanya.

Beliau menambah ahli jawatankuasa masjid mesti memastikan semua langkah pencegahan dipatuhi sepenuhnya.

Solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid di Thailand dilarang buat sementara waktu apabila negara itu melaksanakan perintah darurat mulai 26 Mac – yang melarang perhimpunan besar-besaran, antara lain – untuk menghentikan penularan COVID-19.

Aziz menambah jumlah tetamu di majlis ‘akad nikah’ atau perkahwinan pula tidak melebihi 50 orang.

— BERNAMA