Siakap Keli
pengecualian potong rebat cukai
Kredit: Google

Rebat Cukai Pendapatan Hingga RM20,000 Setahun Bagi Syarikat Baru -PM

Putrajaya, 5 Jun – Kerajaan mengumumkan pengecualian dan rebat cukai kepada usahawan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan tempatan di Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, inisiatif ini bagi membantu menggalakkan pertumbuhan PKS sekaligus menggalakkan ekonomi rakyat dan negara.

“Dalam usaha kerajaan untuk membantu lebih 900,000 Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), dan usahawan tempatan beberapa langkah dan insentif cukai akan dilaksanakan.

“Pertama, bagi menggalakkan penumbuhan entiti baru PKS, kerajaan bersetuju memberi rebat cukai pendapatan hingga RM20,000 setiap tahun bagi tempoh tiga tahun taksiran pertama, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

“Rebat ini diberikan keapda syarikat yang baru ditubuhkan dan beroperasi antara 1 Julai 2020 dan 31 Disember 2021.

“Kedua, bagi menggalakkan PKS meningkatkan daya saing dalam menjalankan perniagaan dalam skim pencantuman dan pemerolehan, kerajaan bersetuju memberi pengecualian duti setem ke atas surat cara berkaitan pencantuman atau perolehan bagi transaksi antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.”

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.