Siakap Keli

(Video)“Hero Yang Sebenar,” Sekumpulan Lelaki Panjat Bangunan Selamatkan Warga Emas Terperangkap Dalam Kebakaran

Sebuah rakaman video telah tular di laman media sosial yang menyaksikan tindakan beberapa orang lelaki yang sanggup memanjat bangunan bagi menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya.

Menerusi video di  laman Twitter, lelaki warga emas tersebut dilihat berdiri di balkoni rumahnya dengan nafas yang tercungap-cungap sambil menunggu seseorang yang datang untuk menyelamatkannya.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Paris itu mendapat pujian dari warganet yang menganggap bahawa kesemua lelaki yang menyelamatkan warga emas terbabit sebagai hero.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan bagaimana kebakaran itu boleh berlaku.

Berikut merupakan antara komen-komen yang membanjiri ciapan tersebut.

Sumber: RT_com

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa