Siakap Keli

Dipercayai Tak Pernah ‘Disentuh’ Manusia, Kolam ‘Luar Biasa’ Ditemui Pada Kedalaman Gua 700 Kaki

Satu rangkaian gua telah ditemui sedalam 700 kaki di bawah taman negara, lapor Mirror UK.

Gambar yang menunjukkan kolam biru yang menakjubkan itu ditemui di Taman Nasional Carlsbad Caverns di New Mexico yang belum pernah dilihat oleh mata manusia sebelum ini.

Kolam itu mengandungi cairan aquamarine seperti susu yang dikelilingi oleh batu beku putih.

Gua itu dipercayai telah berevolusi selama ratusan ribu tahun dan langsung tidak disentuh oleh manusia.

“Kolam ini telah diasingkan selama beratus-ratus tahun dan tidak terdedah dengan cahaya,” jelas ketua sumber semula jadi dan budaya di Carlsbad Caverns National Park, Rodney Horrocks.

Kolam ini dilaporkan mempunyai kelebaran kira-kira satu kaki, panjang dua kaki dan kedalaman beberapa inci. Walaupun ianya kelihatan keruh di dalam gambar, kolam itu sebenarnya benar-benar jernih dan kemungkinan besar air hujan semasa zaman kuno telah ‘ditapis’ melalui dinding gua.

Penemuan itu dibuat sejauh 700 kaki di bawah pintu masuk gua Lechuguilla iaitu salah satu daripada 10 gua terpanjang di dunia.

Sumber: Mirror UK

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa