Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) memaklumkan bahawa kebenaran solat jemaah dan jumaat hanya tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja.
“Bila kita umumkan semalam, ianya tidak termasuk untuk warga asing, untuk solat jemaah dan jumaat yang dibenarkan ini hanyalah untuk warganegara Malaysia.
“Yang pertama isu Covid-19 dalam kalangan warga asing lebih tinggi dari rakyat Malaysia dan yang kedua tentu sahaja keutamaan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Sidang media perkembangan terkini PKPB | 7 Jun 2020
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Jun 2020
Posted by Bernama TV on Saturday, June 6, 2020
Sumber: BERNAMA TV