Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKPP: Rumah Terbuka, Pusat Karaoke Serta Aktiviti Kenduri Antara Yang Masih Belum Dibenarkan – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara serta rumah terbuka masih lagi tidak dibenarkan.

Menurutnya, apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP belum dibenarkan lagi.

Tambahnya lagi, walaupun pelbagai kelonggaran telah diumumkan, ini bukan bermakna bahawa kerajaan tidak lagi melaksanakan apa-apa sekatan untuk mengawal penularan Covid-19. Ini kerana masih terdapat beberapa aktiviti atau sektor lain lagi yang dilarang beroperasi.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa