Siakap Keli
Kredit: Google/KKM

KKM Jangka Peningkatan Kes Demam Denggi Gelombang Kedua, Jun Hingga September Ini

Putrajaya, 8 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes denggi gelombang kedua antara Jun hingga September ini.

Dalam kemaskini di Twitter sebentar tadi, KKM berkata ramalan itu adalah berdasarkan tren kes denggi dalam tempoh lima tahun.

“KKM jangka berlaku peningkatan kes Demam Denggi gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September 2020, iaitu berdasarkan tren kes Demam Denggi selama 5 tahun.

“Orang ramai diseru supaya meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di tempat takungan air,” tulis KKM.

Dari Januari hingga 6 Jun, sebanyak 48,584 kes denggi telah dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Angka ini bersamaan dengan penurunan sebanyak 11% kes denggi di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tren itu dilaporkan kembali sejak 6 minggu lalu dengan peningkatan sebanyak 8 peratus setiap minggu.

11% daripada 84 kematian Demam Denggi bagi tahun ini adalah disebabkan lewat mendapatkan rawatan, tambah KKM.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.