Siakap Keli

(Video) Lelaki Tanggug Derita, Ikan Tersangkut Dalam Rektum, Dakwa Tak Sengaja Terduduk

Seorang lelaki berusia 30 tahun di China mengalami situasi cemas apabila seekor ikan didapati tersumbat di dalam rektumnya, didakwa kerana terduduk di atasnya secara tidak sengaja.

Ekoran itu, dia segera menuju ke hospital setelah gagal untuk mengeluarkan ikan itu sendiri.

Pihak doktor terpaksa membedah perutnya untuk mengeluarkan ikan tersebut yang berada di bahagian rektum kerana saiznya terlalu besar.

Ketika itu, doktor menemui satu penemuan mengejutkan semasa menjalankan imbasan X-ray.

Imbasan X-Ray yang dijalankan, didapati ikan tersebut dikesan tersekat di bahagian rektum. Gambar: Agensi

Satu rakaman visual oleh Gruesome menunjukkan pihak perubatan mengeluarkan ikan talapia berwarna biru daripada badan individu berkenaan di sebuah hospital, baru-baru ini.

Berdasarkan laporan media tempatan, saiz sebenar ikan tersebut tidak dinyatakan, akan tetapi kebiasaannya spesis itu berukuran sekitar 30 ke 40 sentimeter panjang.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada Selasa lepas di Zhaoqing First People’s Hospital, wilayah Guangdong yang terletak di selatan China, memetik laporan Daily Mail.

Struktur badan ikan tersebut yang ditemui kamera. Gambar: Agensi

 

Dalam satu kejadian lain, seorang warga emas berusia 68 tahun dari Hubei turut mengalami situasi sama apabila sebatang chopstick berukuran 10 inci tersekat di dalam perutnya.

Menurutnya, dia memasukkan alat tersebut melalui lubang dubur kerana atas rasa ‘ingin mencuba’ setelah mengalami masalah sembelit ketika itu.

Individu terbabit bagaimanapun telah discaj dan dibenarkan keluar dari hospital setelah pihak perubatan mengeluarkan beberapa batang besi daripada ususnya melalui pembedahan.

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'