Siakap Keli

6 Barang Yang “Cool” Setiap Dapur Kena Ada, Kerja Memasak Jadi Lebih Mudah

Bagi yang gemar membeli barang secara atas talian, tak kisahlah di LAZADA mahupun Shopee, anda sudah tentu tahu ada macam-macam yang dijual di kedua-dua platform e-dagang tersebut.

Pelbagai jenis aksesori, sama ada yang biasa digunakan setiap hari ataupun yang tak pernah terfikir pun ada dijual boleh ditemui.

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda beberapa ‘cool tool’ yang kami rasakan sangat menarik dan mungkin boleh memudahkan kerja-kerja seharian anda.

Finger Knife

Walaupun pisau ini tujuannya adalah untuk memetik tanaman, namun dalam satu video yang diviralkan oleh seorang pengguna di Jepun, pisau ini juga sebenarnya sangat bermanfaat ketika membuat kerja-kerja di dapur.

Anda boleh mendapatkan produk ini di LAZADA dan Shopee.

Kitchen knife sharpener

Pisau adalah salah satu barang dapur yang sangat mustahak untuk sesiapa sahaja yang masuk dapur untuk memasak. Boleh dikatakan, tanpa pisau dapur mungkin tidak berasap.

Tetapi ada pisau kalau tumpul pun bermasalah jugak. Jadi, barang kat bawah ni mungkin anda perlu pertimbangkan untuk disediakan di dapur.

Anda boleh mendapatkan produk ini di LAZADA dan Shopee.

Corn Slicer

Bagi anda yang menggemari jagung, ada satu alat yang sangat memudahkan yang kami rasa anda perlu dapatkan.

Selain enak direbus, jagung juga boleh dijadikan juadah-juadah yang lain tetapi untuk mengeluarkan isi jagung dari pulurnya adalah satu kerja yang agak menyukarkan.

 

@cooltoolscWow##homegoods ##familytime ##stayathome ##storagehacks ##fyp##goodideas ##lifeskills ##smartlifes ##multifunction♬ I Know Alone – HAIM

Anda boleh mendapatkan produk ini di LAZADA dan Shopee.

Fish scale remover

Alat membuang sisik ikan ini mungkin boleh menggembirakan isteri anda di dapur. Kalau anda yang selalu menyiang ikan, nak tanggalkan sisik ikan yang bersisik bukan satu kerja yang mudah.

Pasti ada yang terbang kesana kesini. Satu kerja pula nak bersihkan dapur nanti.

 

@cooltoolsc##homegoods ##familytime ##stayathome ##fyp##goodideas ##lifeskills ##smartlifes ##multifunction♬ ily (i love you baby) – Surf Mesa

Anda boleh mendapatkan produk ini di LAZADA dan Shopee.

Vacuum Sealer

Cara mudah untuk menyimpan makanan supaya tahan lebih lama ada menggunakan vacuum sealer. Makanan yang disimpan mungkin lambat rosak dan satu lagi, menjimatkan ruang.

 

@cooltoolsc👍 You should try this ##homegoods ##familytime ##stayathome ##storagehacks ##fyp##goodideas ##lifeskills ##smartlifes ##multifunction♬ I Know Alone – HAIM

Anda boleh mendapatkan produk ini di LAZADA dan Shopee.

Plastic bag storage

Kalau kerap membeli dan anda tidak biasa membawa bag sendiri dari rumah, platik mungkin menjadi masalah untuk anda nanti.

Daripada dibuang, anda boleh mendapatkan produk ini untuk menyimpan plastik-plastik tersebut dan boleh dguna semula nanti.

 

@cooltoolscThis is exactly what I want!!! ##homegoods ##familytime ##stayathome ##storagehacks ##fyp##goodideas ##lifeskills ##smartlife♬ ily (i love you baby) – Surf Mesa

Anda boleh mendapatkan produk ini di LAZADA dan Shopee.

Selain produk-produk di atas, anda boleh mengikuti akaun cooltoolsc untuk mendapatkan idea produk apa yang diperlukan di rumah anda sebelum membuat pembelian.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.