Siakap Keli
vaksin COVID-19
Kredit: Bernama

Kalau Semua Ikut SOP, Kita Boleh Putuskan Rantaian Penularan COVID-19 Walau Tanpa Vaksin -KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan positif bahawa COVID-19 boleh ditamatkan walau tanpa vaksin.

Menurutnya, terdapat beberapa negara yang berjaya menamatkan rantaian COVID-19 tanpa vaksin seperti New Zealand.

“Jika semua orang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang kita sebutkan setiap hari, 3S dan 3W (Wash, Wear & Warn), kita boleh putuskan rantaian, walau tanpa vaksin.

“Kami amat positif melihatkan kepada beberapa negara yang telah berjaya menghapuskan COVID-19, misalnya New Zealand, tanpa vaksin.

Pun begitu katanya, negara memerlukan orang awam untuk mematuhi SOP.

“Jika kita boleh mematuhi SOP, kita boleh meratakan lengkungan, kita boleh menurunkan kes.

“Hari ini kita menurunkan kes kepada satu digit. Adalah lebih penting beberapa minggu ke hadapan untuk kita kekalkan satu digit dan mungkin menyasarkan tiada kes, tak mustahil. Ia boleh (dicapai) jika kita bekerja bersama sebagai satu pasukan.”

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.