Siakap Keli

Mungkin Akak-Akak Tak Tahu, Ini Cara Nak Simpan Sayur & Kekal ‘Fresh’ Walau Simpan Sampai 3 Minggu

Daun kunyit selain  berfungsi sebagai perasa semula jadi, ia juga menjadi pelengkap ramuan untuk menyedapkan lagi masakan rendang mahupun gulai. Namun, tidak semua masakan harian memerlukan penggunaannya. Begitu juga dengan daun kesum dan lain-lain sayur yang berdaun.

Jadi bila dibeli seikat daun kunyit dan umumnya kita hanya menggunakan sehelai dua sahaja dalam masakan. Lalu selebihnya akan disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan di lain hari.

Apa yang menjadi masalahnya adalah daun kunyit akan menjadi kering bila disimpan di dalam peti sejuk. Dan bila hendak digunakan akan timbul rasa tidak puas hati kerana daun kunyit sudah menjadi layu dan kering.

Namun begitu, usah bimbang kerana ada cara yang perlu anda tahu yang telah dikongsikan oleh Huda Zainal tentang bagaimana untuk memastikan daun kunyit yang disimpan kekal segar dalam jangka masa yang lama.

Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi.

First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar.
Step 1
Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
Step 2
Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
Step 3
Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
Step 4
Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
Step 5
Cover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator. Tak lagi asyik membazir je bila beli tak guna.
Sumber: Huda Zainal

Nor Azilah