Siakap Keli
Foto: Natipah Abu

Rezeki PKP, Suami Isteri Tak Sangka Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Dari 18kg Beras ‘Licin’ Dalam Masa 3 Jam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika usaha, tidak mustahil untuk kita berjaya. Inilah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri yang bertungkus lumus berniaga sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan.

Seperti perkongsian daripada Natipah Abu ini, pasangan ini terpaksa berniaga di kawasan rumah disebabkan oleh punca pendapatan mereka terjejas akibat PKP. Namun dengan berkat kesabaran dan ketabahan, mereka berniaga nasi lemak pada awal pagi dan mendapat hasil yang tidak diduga.

Rezeki Allah sangat luas. Tidak salah untuk kita sama-sama berkongsi rezeki dengan pasangan ini. Menerusi laman Facebook Natipah Abu, pasangan ini berniaga seawal 6.30 pagi di Tapak Nyoq Bakar, Tikam Batu Sungai Petani.

“Rezeki Allah sangat luas…”

Sahabat kita ini antara salah seorang pengusaha katering. Isteri pula bekerja di kantin sekolah.

PKP tiada lagi sebarang majlis perkahwinan atau sebarang majlis keraian. Kantin sekolah pula  ditutup. Keduanya hilang punca pendapatan tetap yang agak lumayan selama ini. Simpanan pula semakin hari semakin menyusut.

Maka kedua pasangan suami isteri ini sepakat utk memulakan perniagaan menjual nasi lemak di tepi jalan. Sebaik selesai saja solat subuh, pasangan suami isteri ini terus keluar rumah. Hari pertama, mereka berjaya menjual nasi lemak dari 4 kg beras dalam masa tak sampai pun setengah jam.

Hari seterusnya .. mereka mula menaikkan jumlah sukatan beras. Mereka menggunakan Facebook dan ‘group wassap’ untuk mengiklankan perniagaan nasi lemak mereka. Harga yang dikenakan mereka juga sangat berpatutan selain menu lauk yang sedap dan berbeza setiap hari. Kelebihan ini menjadikan nasi lemak mereka terkenal dalam masa singkat.

Kini, mereka mampu menjual nasi lemak yang dimasak dgn 18 kg beras sehari dalam masa tiga jam. Sampai di tapak niaga sekitar jam 6. 30 pagi … pada jam 9. 30 pagi, nasi lemak mereka sudah habis dijual dan dengan pendapatan kasar RM600.

Bermakna … sebelum matahari naik terpacak, mereka sudah pun menutup gerai. Itulah ganjaran di atas pengorbanan mereka yang bangun awal pagi untuk memasak sedangkan ketika itu, orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Mencari rezeki yang halal dan berkat demi anak-anak.

Selain menyediakan air teh percuma kepada pelanggan, keluar awal pagi sesudah subuh tatkala pintu rezeki sedang terbuka luas itu, antara rahsia kejayaan perniagaan nasi lemak mereka. Begitulah  rezeki ada di mana-mana. Terpulang kepada kita bagaimana untuk berusaha. InsyaAllah.

NASI LEMAK ABG JATD
TAPAK NYOQ BAKAR, TIKAM BATU, SG PETANI.

Sumber: Natipah Abu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang