Siakap Keli
jenazah pesakit COVID-19 hilang
Kredit: Google

(Video) Kubur Digali, Jenazah Pesakit COVID-19 Dilaporkan ‘Hilang’ Secara ‘Misteri’ Di Indonesia

Jenazah seorang pesakit COVID-19 di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia didakwa hilang dari kubur pada Sabtu, 30 Mei lalu.

Jenazah telah dikebumikan di sebuah tapak perkuburan di Desa Tanjung Boleng, Mukim Komodo.

Menurut Setiausaha Harian Wilayah Kabupaten Manggarai Barat, Ismail Surdi berkata pihaknya belum mengetahui siapa yang menggali kubur tersebut hingga hari ini (8 Jun).

“Kami belum tahu siapa yang membongkar kubur dan mengambil jasadnya,” kata Ismail kepada Kompas.

Jenazah Pesakit Dalam Pengawasan (PDP) itu merupakan salah seorang antara empat jenazah pesakit COVID-19 yang dikebumikan di lokasi sama. Kubur tiga jenazah lain di perkuburan khas itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Sekarang ini kami sedang siasat bila dia diambil, siapa yang ambil dan di mana dia berada sekarang. Nanti hasilnya akan kami kongsikan,” katanya.

Sebelum ini dalam kes berbeza, beberapa kes pengambilan jenazah pesakit COVID-19 secara paksa dari hospital turut dilaporkan berlaku di Indonesia.

Beberapa hari lepas menurut Tribun News, kira-kira 150 individu menyerbu masuk ke Hospital Stellamaris, Makassar dan merempuh penghadang di hospital.

Kumpulan itu dilaporkan melarikan jenazah seorang pesakit COVID-19 dan membawanya menggunakan tandu sejauh 500 meter.

Malah, kumpulan itu dikatakan berjaya melanggar sekatan pihak polis dan tentera yang dikatakan lebih sedikit daripada mereka.

Ketua Polis Ujungpandang, Kompol Wahyu Basuki mengesahkan kejadian.

Sumber: Tribun News, Kompas

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.