Siakap Keli
Gambar: Twitter

“Biar Dari Jauh Orang Nampak,” Strategi ‘Baju Pink’ Oleh Isteri Buat Suami Berniaga Bikin Netizen Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peranan isteri sememangnya sangat penting dalam menjadi ‘tulang belakang’ kepada suami.

Isteri juga menjadi pemangkin semangat dalam apa jua yang dilakukan oleh suami.

Kiriman yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, ihalimasrar, memperlihatkan sokongannya kepada suami yang mencari rezeki dengan menjual sate.

Lebih menarik, dia ‘memaksa’ suaminya memakai baju berwarna merah jambu bagi menarik perhatian pelanggan.

Goodluck suamiku jual satay. Aku suruh dia pakai baju pink. Biar dari jauh orang dah nampak.

Strateginya itu mencuit hati warganet dan kebanyakan dari mereka mendoakan agar pasangan tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: ihalimasrar

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa