Siakap Keli

Gadis Ini Dah Sebulan Koma Di Hospital, Dipercayai Kerana Suka Minum ‘Milk Tea’ Dan Cola Setiap Hari

Seorang gadis berusia 18 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keadaan kritikal.

Rupa-rupanya gadis itu mengalami banyak diagnosis penyakit kritikal iaitu hiperglikemia dan koma hiperosmolar dengan ketoasidosis, kejutan, rhabdomyolysis, juga kegagalan buah pinggang.

Dilaporkan gadis itu, Tiantian (nama samaran), adalah seorang wanita dengan berat sekitar 250 paun.

Ibu mangsa mendedahkan bahawa anak perempuannya selalu minum milk tea dan tidak suka bersenam.

Sejak Januari 2020, lebih dari 100 yuan telah dibelanjakan setiap hari untuk memesan minuman manis seperti teh susu dan cola.

Akibatnya, gadis itu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya yang kritikal, iaitu di Hospital Utara Ruijin yang bersekutu dengan Sekolah Perubatan Universiti Jiaotong Shanghai.

Menurut ibu mangsa, gadis itu sudah hampir sebulan berada di hospital.

Ketika pertama kali dikejarkan ke hospital, dia mengalami mulut kering, polidipsia, dan poliuria, mual dan anoreksia, hingga dia tidak sedarkan diri.

Kakitangan perubatan kecemasan pada mulanya menganggap pesakit tidak sedarkan diri kerana gula darah tinggi, dan segera menghantar pesakit ke bilik kecemasan untuk dirawat.

Pengarah jabatan kecemasan hospital, Lu Yiming, mengarahkan pasukan perubatan Unit Rawatan Rapi Kecemasan (EICU) untuk merawat pesakit sepanjang malam.

Setelah 5 hari koma, keadaan mangsa beransur pulih. Dan gadis itu berjaya melepaskan diri dari menggunakan alat bantuan penafasan.

Akhirnya, di bawah jagaan penuh pasukan EICU, gadis itu keluar dari bahaya dan berjaya menurunkan berat badan. Awalnya 250 paun, akhirnya menjadi 180 paun, kerana kehilangan 70 paun berat badan.

Gadis itu dipindahkan ke Hospital Nanxiang dari Unit Hospital Perubatan Ruijin Utara untuk menerima rawatan lanjut. Dia juga memberi jaminan kepada kakitangan perubatan EICU bahawa dia tidak akan minum teh susu lagi.

Lu Yiming mengesyorkan agar golongan muda, terutama mereka yang berlebihan berat badan, supaya menjaga gaya hidup yang sihat. Makan makanan sihat, kurang minum minuman bergula, bersenam lebih kerap, dan melakukan pemeriksaan fizikal secara berkala untuk mengetahui risiko diabetes.

Sumber: Tribunnews.com

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.