Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula dilaksanakan pada hari ini dengan memperlihatkan pelbagai kelonggaran dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosial telah diberi oleh kerajaan.
Hari ini juga menandakan bahawa semua rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri.
Disebabkan itu, pihak Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lagi akan melakukan sekatan jalan raya di sempadan dan semalam merupakan hari terakhir mereka bertugas di sekatan jalan raya.
Menerusi kiriman salah seorang anggota polis di laman Twitter, beliau berkongsi mengenai momen-momen hari terakhirnya dan rakan-rakan bertugas sebagai frontliners Ops Covid-19.
Mohon undur diri..Kini masa kami bersama dengan keluarga tercinta..
Tambahnya di bebenang seterusnya, tiada lagi kedengaran ayat seperti bertanyakan lokasi yang hendak dituju atau mengenai surat yang perlu dilampirkan oleh setiap pemandu ketika menghadapi sekatan jalan raya.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet dan rata-rata dari mereka berterima kasih ke atas khidmat yang diberikan olehnya dan rakan-rakan setugas.
Sumber: Twitter