Siakap Keli
BERNAMA

Foto-Foto Frontliners, Sekatan Jalan Raya Rentas Negeri Berakhir Sebentar Tadi

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Sekatan jalan raya rentas negeri di seluruh negara dihentikan mulai tengah malam ini selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias bagaimanapun berkata pihaknya masih melaksanakan sekatan jalan raya bagi tugasan-tugasan khas seperti Ops Mabuk dan samseng jalanan.

“Sekatan jalan raya rentas negeri yang didirikan akan ditutup mulai tengah malam ini, namun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan menjalankan sekatan jalan raya untuk operasi-operasi tertentu,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak menuju ibu negara mendapati anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya mula mengalihkan kon serta khemah yang terletak di sekatan jalan raya rentas negeri di lokasi itu.

Beberapa kenderaan juga dilihat mula masuk ke ibu negara serta keluar menuju pantai timur untuk ke destinasi masing-masing bermula 12 tengah malam ini dengan lancar.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis peronda akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya dan jalan utama bagi memantau aliran trafik.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.