Siakap Keli

Kesemua 31 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Adalah Tidak Bergejala – KKM

Kesemua 31 kes baharu jangkitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah tidak bergejala, umum Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi ciapan terkini di Twitter.

Mengimbas kembali, ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata dalam sidang media hari ini, 11 kes daripadanya adalah kes import, manakala 20 kes lagi melibatkan penularan tempatan.

Daripada 20 kes tersebut, 19 kes daripadanya adalah warga asing dan satu (1) adalah warganegara tempatan, iaitu daripada saringan sebuah sekolah tahfiz di Ulu Kelang.

Menurutnya lagi, daripada 19 kes warga asing itu pula, 16 kes daripada kluster Pedas, satu (1) kes di sekolah tahfiz di Kampung Sungai Lui, satu (1) kes di sebuah syarikat pembersihan di Kuala Lumpur dan satu (1) lagi daripada saringan pekerja di tapak pembinaan di Kuala Lumpur.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

BACA: TERKINI COVID-19: 31 Kes Baru Hari Ini, 19 Daripadanya Melibatkan Warga Asing – KKM

Dapatkan produk tisu basah basmi virus Alcosm DISINI, guna kod promosi STAYSAFEMY dan nikmati diskaun RM 20 dengan pembelian minima RM 100.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.