Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 31 Kes Baru Hari Ini, 19 Daripadanya Melibatkan Warga Asing – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 31 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan angka keseluruhan kini adalah 8,369 kes.

Daripada angka tersebut, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,186 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, 11 kes daripadanya ada kes import, manakala 20 kes lagi melibatkan kes penularan tempatan.

Daripada 20 kes tersebut, 19 kes daripadanya adalah warga asing dan satu (1) adalah warganegara tempatan, iaitu daripada saringan sebuah sekolah tahfiz di Ulu Kelang.

Menurutnya lagi, daripada 19 kes warga asing itu pula, 16 kes daripada kluster Pedas, satu (1) kes di sekolah tahfiz di Kampung Sungai Lui, satu (1) kes di sebuah syarikat pembersihan di Kuala Lumpur dan satu (1) lagi daripada saringan pekerja di tapak pembinaan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, tiada kematian terbaharu dilaporkan, angka kematian masih kekal sebanyak 118 kes bersamaan 1.41 peratus. Manakala kes sembuh hari ini pula adalah sebanyak 51 kes.

Sidang Media Khas Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan

Sidang Media Khas Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. (11 Jun 2020).

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Thursday, June 11, 2020

Dapatkan produk tisu basah basmi virus Alcosm DISINIguna kod promosi STAYSAFEMY dan nikmati diskaun RM 20 dengan pembelian minima RM 100.

Sumber: KKM

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI